Isnin, 22 September 2014

Kitchen Stickers Wallpaper



Semalam aku ada urusan di Muar. Bumi Muar yang kini gelarannya Bandar Diraja, dulunya tempat permainan aku juga walaupun lebih kurang 5 ke 6 tahun tinggal di Muar. Rumah pun dah ada di Muar, tapi disewakan, ada rumah pun 1 pelaburan juga kalau disewakan, biar orang duduk jangan momok yang duduk hehehehe. 





Antara tempat yang biasa aku pergi dulu di  One Stop Superstore, barang murah je, tu le tempat aku. Rupanya dah lama tutup, aku bukan main aku menunggu bukak, nasib baik pergi ke butik Peach, pekerja di situ yang bagi tau. Nasib baik ada lagi 1. Aku pergi kat tempat lain, yang dulunya pasaraya senyum tak silap aku. So nampak la Sticker Wallpaper. Memang ada 1 je, ok le tu. Macam-macam jugak aku beli, entah apa2 je la. Tengok le tu barang-barang kecil dibawah hehehehe... 


Stickers yang dalam kotak tu aku masih simpan lagi, ingat dan pasang wallpaper kat hall dan bilik Asyraaf, baru pasang Stickers ni. Pelan-pelan la.... semuanya kos. Ada rezeki boleh buat. Tak payah cat rumah. Jimat belanja.


Ini je la dapur aku simple je, yang penting barang-barang asas perlu ada untuk aku memasak.







2 ulasan:

  1. kemas jer rumah idah....rumah saya bersepah...segan nak tunjuk gambar kat blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sorang je misah duk dapur..... Asyraaf datang nak minum air, bukak peti ais ke cari makanan........

      Padam

SESEDAP RASA