Rabu, 25 Disember 2019

Percutian Keluarga


Alhamdulillah akhirnya dapat jugak berjalan bersama keluarga. Sebenarnya ini impian si bujang senang Aku. Dia kalau bawak jalan, kalau Ada atok mesti bla bla bla. kalau Mak ngah ada mesti bla bla bla. Sudahnya semua pergi penuh la 1 kereta Aku yang comel da am Aku ni haaaa 😝😝

Isnin, 16 Disember 2019

Lapor Diri


Alhamdulillah, akhirnya pertukaran suka sama suka ke KLN dapat juga. Bertukar lagi ye Aku nampaknya eemmmm.... sebenarnya Aku pun x sangka, Sebab Aku sendiri tanya person in charge, yang jaga pertukaran, dia sendiri kata tak dapat Sebab sorang nak keluar, 2 orang pulak nak masuk KLN, rupanya dia orang dah deal tukar suka sama suka KLN dengan KKMM.

Sabtu, 12 Oktober 2019

Busy

Allahu Akhbar, rasa macam tak sempat nak bernafas. Busy nya kebelakangan ni, Lepas 1 program persediaan untuk program lain pulak. Unit Aku jugak, tak sempat nak berehat nak luruskan kaki, kerja bersambung-sambung.

Sabtu, 28 September 2019

Kad Kreadit


Tipu la aku tak pernah teringin, ada tu ada tapi  itu pun masa tersedak. Tetapi hakikatnya Aku tak perlukan Kad kreadit ni. Aku tak pandai guna la, Aku pun takut kalau2 terhutang @ naik stok gunakannya. 

Rabu, 11 September 2019

Amalan



Sempena bulan Muharram ni, hati aku pun rasa sangat lain macam. Alhamdulillah pasang niat dulu. Aku memang sentiasa berniat nak berubah kepada yang lebih baik terutamanya pakaian tapi  tu la tu, masih berminat dengan pakaian yang ada cutting. 😊😊😊😊 seriously memang tak mudah, mungkin kerana tak ada yang menegur, itu yang payah. Semoga Allah sentiasa memberi teguran dengan kasih sayangNya.

Ahad, 8 September 2019

Tebus Vaucer

Siapa sangka kan rezeki dapat la duit RM100,

Khamis, 5 September 2019

Isnin, 2 September 2019

Tinggal Kenangan

Sedihnya menitis-nitis air mata aku mengenangkan Tuah yang aku bela lebih kurang seminggu dah mati. Dalam seminggu tu aku perhatikan dia sihat walafiat, kuat makan kuat susu. Dah pandai dah kenal botol susu dia. Panggil tuah pun dia dah tau tu nama dia, menoleh bila aku sebut tuah. 

Ahad, 25 Ogos 2019

Anak Kucing



Al-kisahnya, hari Jumaat balik kerja lambat, so terus ambik Asyraaf di rumah dan terus ke  pasar malam, makan la apa lagi huhu. Kesian Kat dia kalau lambat masak dia lapar sangat2. Cuma hari jumaat Ibu dia ambik dia bawak ke Masjid jadi, sebelum solat sempat la makan. Hari2 lain dia tunggu la ibu dia balik petang baru masak. Banyak kali tanya nak makan tengahari tak? Kalau nak Ibu masakkan, dia tak nak. Jadi Balik kije la Aku masak, kalau x sempat memang keluar la jawabnya.

Rabu, 14 Ogos 2019

Gaduh

Hahahaha brutal kan aku. Haah boleh tahan. Aku ni malas nak gaduh-gaduh dah tua-tua ni, tapi aku geram, menyampah, dengan sorang minah kat office ni. Aku memang tak berkawan dengan dia sejak insident kerja di Perak masa 2018. huh!!! perangai molek la sangat. Sejak itu aku tak bertegur sapa, ada pun urusan kerja sahaja. Selebihnya tengok muka dengo suara memang aku tak berkenan.

Ahad, 11 Ogos 2019

Raya Korban Tahun ni

Raya haji  tahun ni aku tak balik, al- maklum je la sehari sebelum gaji Aku da bayar roodtex kereta, hari gaji cuti ambik mak, tukar tayar kereta 4 biji sekali sempat juga beli baju sekolah Asyraaf sepersalinan menggantikan sepasang pakaian yang hilang akibat kecuaian dia, sempat juga beli stationery untuk dia. Bagi mak duit pun lebih sebab jagakan Asyraaf semasa Aku our station, kemudian hantar nak Balik. Jadi banyak kos dah keluar. So raya tak kemana2 pun.

Jumaat, 9 Ogos 2019

Teman Rapat


Aku ni jenis yang tak suka berkawan sangat, tapi tak tau la macam mana boleh rapat dengan officemate sorang ni. Kami lain skim, dia PA dan aku selalu ganti tempat dia bila dia cuti. Selalu makan sama di pantry. 

Ahad, 4 Ogos 2019

Saunaku In The House


Ya Allah Syukur Alhamdulillah, sekian lama sejak dari tangkak lagi aku  mengidamkan sauna sendiri akhirnya hari ini dah pun aku miliki. Sudah juga aku belajar menyediakan sauna  sendiri, tak susah pun semuanya siap sedia. Hanya perlu belajar cara menggunakan steamer. Yup, itu pun  susah  ada instruction manual sebagai rujukan.

Jumaat, 2 Ogos 2019

My Green Love


Selesai aku mandikan kereta ni, baru la kereta ni ada rupa tuan dia yg comel 😝😝😝😝😝, kalau tak serabut kepala otak aku, asyik tak sempat je nak cuci, plan tu ada bebulan lamanya, dari hari ke minggu sampai la ni. Ini pun sebab plan nak bawak Pengarah Sabah ke Melaka sempena Program jabatan, x jadi tapi tiba2 kene bawak Pengarah Labuan pulak, mencecet aku keluar cuci kereta, malu oooooo Perempuan kereta bersepah 😎😎😎. Ta

Khamis, 1 Ogos 2019

Andainya Esok.....



Walaupun esok masih tidak pasti,
Namun kehidupan ini perlu  dilalui,
Apa pun yang akan terjadi,
Semestinya ketentuan Ilahi.

Selasa, 23 Julai 2019

Pasal Lelaki lagi.....


Eeeemmm...... nak kata apa, biar la apa orang nak kata, nak tuduh, ada apa dengan kata-kata orang yang tak puas hati dengan kita. Aku tak peduli pun, kira beruntung aku tak kata sepatah perkataan pun. Nanti lagi bertambah sakit hati pulak.

Sabtu, 13 Julai 2019

Pakej Seminggu


Hahahaha kelako pulak bunyinya pekej seminggu ni bukan cuti, tapi aku  yang tak sihat. Dari ahad minggu lepas sampai la ke hari ni. Mulanya selsema, Tapi gigih duk mengemas rumah, da elok sakit tekak pulak, batuk-batuk manja gituw...

Khamis, 4 Julai 2019

Istikharah



Dengan kepala yang celaru aku niatkan untuk istikharah Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, tapi dalam mencari redha dan kepastian dalam membuat keputusan supaya tidak menyesal adalah istikharah. Itu saja cara aku untuk membuat keputusan, selebihnya berserah pada takdir Allah dan redha.

Rabu, 3 Julai 2019

Dusty Pink Kurung Moden



Dengan terpakainya baju ini maka berakhir la Hari Raya Aidilfitri 2019. Semoha bertemu lagi di Aidilfitri tahun depan. Seperti biasa, hampir setiap tahun ada je koleksi dari peace.

Khamis, 27 Jun 2019

Sabtu, 22 Jun 2019

Angan -angan




Kebelakangan  ni aku asyik tengok perabot je. Sejak sebelum puasa sampai la sekarang  dan mungkin sampai bila-bila selagi apa yang aku angan-angankan masih tak dapat aku  realisasikan.

Isnin, 10 Jun 2019

Isnin, 3 Jun 2019

Ramadhan yang akan pergi


Pantasnya masa berlalu, Ramadhan dah sampai  dipenghujung. Alhamdulillah masih dapat tunaikan aktiviti yang sama sekian tahun, tak sangka rupanya, tahun ini merupakan tahun ke 5 kalau tak silap, aktiviti di Bulan Ramadhan still di tempat yang sama.

Selasa, 14 Mei 2019

Kisah Lama


Haaaa lama kan x meluahkan rasa dengan kata-kata tanpa suara. Betapa seboknya urusan kerja sampaikan mencatat sepatah dua kata pun tak mampu nak dicatit apatah lagi nak singgah ke blog kesangan aku ni.

Apa cerita???? Haaaa ni bukan boyfriend lama ke kekasih hati ke apa. Aku tau memang  ramai yang ternanti-nanti siapa calon2 bakal jadi pasangan aku hahahaha. Tapi ini tidak, aku tidak mempunyai teman yang bernama lelaki, kawan pun aku tak mahu. hehe . Hanya nak mengimbas kembali Cerita lama.. Kisahnya kemarin 23hb Mac 2019, balik kampung hantar mak, dan ke majlis kenduri kawin anak kepada sepupu aka anak pak ngah eh cucu pak ngah la yang kawin.

Makanya jumpa la ramai  sepupu2 aku termasuk la sepupu yang sorang ni. Eemmm... memang jarang jumpa, walaupun aku lama tinggal di muar, tapi tak pernah jumpa. Aku da tak duduk muar baru tau yang dia menetap di muar. Kalau jumpa pun masa raya. Itu pun jarang sangat.

Kisanya dia adalah salah seorang sepupu lelaki  yang rapat dengan aku. Masa dulu-dulu zaman kanak-kanak riang, asal cuti sekolah je aku ikut Arwah Mak cik balik Segamat. Dari situ la aku rapat dengan dia. Main-main tanah dengan dia, ke kebun. Kami sama-sama anak bungsu. 

Kebetulan Arwah mak cik dan arwah Pak cik memang ajar mengaji, jadi aku ni memang jadi perhatian bila ada kat kampung tu khususnya yang mengaji di rumah tu. Jadi ada juga la peminat  di kalangan mereka yang mengaji, umur lebih kurang je. Bayangkan dalam usia 11 tahun dapat surat cinta la kononnya. Ayat yang tertulis dalam surat tu yang paling aku ingat "sudikah awak menjadi teman wanita saya". Tak boleh blahhh kan, tak padan yang kecik ayat macam drama sendiwara semasa sangat.

paling aku tak boleh lupa, kita orang selalu main kejar-kejar sebelum magrib, aku lari terus masuk bilik air dia tak perasan kikikiki. Nak mandi pun berebut, makan pun bergaduh kikikiki. Zaman kanak-kanak memang best, main je kijenya. Belajor ke laut sunda hahaha.

Tapi sekarang nak borak pun tak reti macam orang asing, dia pun macam segan je. Aku mana tau malu, cuma nak berborak tu aku tengok orang tengok topik. Kadang-kadang tak boleh la nampak macam pompuan hareeee kikikikiki.  
Dia masih bujang lagi sampai sekarang dari aku bujang kawin janda dia still bujang kikiki. mak aku selalu nyakat dia, "bila lagi" dalam hati aku sebok kan anak orang anak dia sendiri pun tak laku laku kikikiki ok bye story da habis. 

Selasa, 23 April 2019

Nak Tukar

Eemmmm apa la nasib, tanya pegawai di PSM gred Aku ni x de kekosongan. Sedihnya, menyesal pun ada sebab melambat lambatkan  niat  tukar suka sama suka. Sudahnya orang yang beriya ajak aku tukar tak mahu bertukar. 

Isnin, 1 April 2019

Trip Ke Krabi

Tak sangka kan apa yang aku inginkan jadi kenyataan. Akhirnya dapat jugak aku menjejakkan kaki  ke Krabi. Siapa sangka impian dan angan-angan jadi kenyataan. Apa yang penting sediakan duitnya je. 

Jumaat, 15 Februari 2019

38 tahun

Alhamdulillah hari ini bertambah lagi usia aku. Syukur atas nikmat yang dikecapi. Namun dalam usia penghujung 30-an ni apa yang aku fikirkn adalah kesihantan, ya Syukur Alhamdulillah juga kerana kesihatan dalam keadaan baik. Masih boleh makan apa sahaja ikut selera dan keinginan.


Jumaat, 8 Februari 2019

Buku Merah Ku

Alhamdulillah selepas merasai sedikit kesukaran, akhirnya siap passport Aku dan anak. Yaa memang susah, mula2 datang ke bangunan imagresen, rupanya di manara ikhlas, da sampai no giliran habis. Pe tugas di kaunter pertanyaan dengan begitu yakin suruh buat online, gigih la Aku ke office, try la cari celah mananya link. Rasanya x boleh jugak.

Member pulak cadangkan ke UTC. Peh!! Aku pun dengan rasa macam lembu cucuk hidung, pergi la UTC Pudu, ya Ampun!! Kehulur kehilir penat sungguh, salah train la. Sampai saje tempat yang dituju, Sangat mendukacitakan, situati yang sama dengan Putrajaya. Hwaaaa nak nangis.

Tak tanya tak tunggu lama beberapa minit je Aku pun tarik nafas  panjang, terus keluar jalan2 di kawasan legar  UTC duduk kurangkan rasa penat, terus balik, singgah la solat di Plaza Rakyat sambil Asyraaf beli makanan ringan. Terus la Balik penat punya pasal. Petang tu sampai rumah memang tunbang.

Memandangkan hati bercuti dan tak nak ganggu hari bekerja, hari jumaat da rancang untuk keluar lebih awal. Allah 1 lagi dugaan, dokumen asyraaf pulak x de, di rumah tak de dalam kereta pun x de, sah la tercicir. Tapi gigih jugak ke imigresen dan tawakal, kalau x dapat buat passport anak , siap Aku punya dulu pun x pe. Datang2 Lom pun jam 8.00 pagi da ramai, angkat giliran pun 1163&64, syukurnya no giliran tu sebelah petang selepas solat jumaat. Sungguh Syukur tak terkira.

Apa lagi sepantas kilat Aku terus ke Putrajaya central cari tempat Aku bergambar masa hari khamis, tak ada jugak Aku terfikir di plaza rakyat je Sebab masa tu p solat. Maka ke KL lagi la, sama ke situasi mcm semalamnya, tersalah2 train. Memang betul gerak hati aku, tertinggal di plaza rakyat. Syukur tak terhingga dapat Balik dokumen Asyraaf. Apa yang ada dalam fail tu!! Yang penting sekali surat beranak, yang baru dan lama, selebihnya sijil sekolah asyraaf. Berbaloi la dengan kos pergi Balik naik train 2 hari RM80++ huh membazir kan! Kalau sabar dan tak ke UTC x jadi macam ni. Tapi itu la yang di katakan takdir, suka tak suka hadap la jugak, dalam hidup kita memang banyak pilihan tetapi kadang kala tiada pilihan, macam kes ni.

Sesampai di KL central, singgah pulak di KFC perut pun tak tahan kelaparan, makan la dua beranak disitu. Siap makan pecut terus ke Putrajaya singgah masjid untuk Asyraaf solat jumaat, terus ke imigresen semula. No giliran masih x sampai 100 lagi, apa lagi cari makan laaa hahaha kije makan je la jawabnya.

Finally siap la passport dua beranak. Hehe Lucu da tua baru ada passport, Ye la lepas ni boleh la simpan duit, mana tau niat nak menunaikan umrah dimaklumkan.. Yang penting ada duit In Shaa Allah. Memang niat tu sa ada Dari tahun lepas. Aku target 2 tahun lepas ni @ umur cukup 40 tahun.

Apa pun tragis sangat kan sposes untuk Aku dapatkan passport, bukan Sebab orang lain Tapi da nasib aku eemmmm... Redha je la.

Rabu, 9 Januari 2019

SESEDAP RASA