Khamis, 14 Julai 2011

Khamis, 7 Julai 2011

Yap Sayang Ibu................



Tak tahu kenapa, anak bertuah aku yang sorang ni, kebelakangan ni dia kerap cakap, "yap sayang ibu" sambil peluk dan cium aku. Rasa terharu dalam hati.


Sebenarnya cara dia yang begitu aku yang ajar, selalu aku ungkapkan ayat " ibu sayang Asyraf tau, Asyraf tau tak?". "Kalau Asyraf nakal ke, ibu marah Asyraf ke ibu tetap sayang Asyraf". Malah aku selalu ungkapkan ayat itu sambil aku cium dia, jadi apa yang aku buat, dia meng'ulang tayang' pada aku.


Sama ada dia faham atau tidak istilah "sayang" tu, aku pun tak pasti, tapi sekurang-kurangnya bila dia besar dia akan tahu, ibu dia selalu sayang pada dia, perhatikan dia dan mengambil berat dalam semua faktor, kesihatan, pendidikan, kebersihan, penampilan. Dia pun semakin membesar dan banyak perkara yang perlu diajar secara tidak formal, dia mudah faham dari perbualan dan percakapan.


Apa yang aku harapkan biarlah kasih sayang ini berterusan kerana kasih sayang akan mengeratkan perhubungan sesama manusia, dan kerana menyangilah kita akan disayangi...


Sedih pulak rasa hati...





Isnin, 4 Julai 2011

Ikan Bersos masakan Ida



bahan-bahannya :

1. 1 senduk kecil lada kisar
2. 5 senduk sos cili
3. 1 biji bawang putih (dikisar)
4. 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
5. 3 ekor ikan (yang telah digoreng)
6. sedikit minyak
7. perasa garam dan gula
8. sedikit air


caranya :


Gorengkan bawang besar beberapa minit dan angkat. kemudian tumis bawang putih, masukkan lada kisar dan perasa garam dan gula, kacau sedikit kemudian masukkan air, masukkan sos kacau sehingga pekat atau sebati dengan air, kemudian masukkan ikan di gaul-gaul dengan sos, kemudian masukkan bawang besar yang telah digoreng tadi. Dah pun siap untuk dihidang dan makan.

Ahad, 3 Julai 2011

Samsung GT-C3303i Henset Baru

pandangan depan dan belakang




tuach screen




Inilah henset baru aku, mula-mula rasa malas nak beli henset baru, kerana menyesal diatas kecuaian sendiri menyebabkan henset hilang. Tapi mengenangkan kerja aku mempunyai komitmen dari palbagai pihak, aku beli juga, jadi tarikh lahirnya pada 24 Jun 2011, jadi hak milik aku he..he...he.....



Walaupun harganya murah, kamera 1.3 megapixel dan memory card 2GB tapi pelbagai funshion ada pada henset ni, nak layari internet pun boleh!!!. da..try da...Kiranya memang tak rugi lah beli, kerana henset ini moden dan memang aku teringin untuk memiliki henset tuach screen, kiranya hajat tercapai la ni. He...he...he.... Selain itu, kameranya pun bagus walau hanya 1.3 megapixel tetapi gambar yang diambil sangat memuaskan tak pecah atau kabur walau dibesarkan sekalipun.



Alhamdulillah Allah memberikan aku rezeki lebih pada bulan ini, kerana itu aku dapat membeli henset yang baru, walaupun murah tapi nampak macam mahal kerana tuach screen nampak exclusive and elegant. Aku tahu ada tugas yang belum aku selesaikan dan kehilangan henset ini sebagai ingatan. Syukur Allah sayangkan aku kerana peringatan ini, kehilangan henset sony ericsson yang dulu, mungkin ada hikmahnya.








SESEDAP RASA