Sabtu, 28 Jun 2014

Face & Body Scrub ODEON



Sebenarnya terpengaruh dengan maklumat yang dibaca di media elektronik, kononnya scrub boleh menghilangkan stretch marks. So aku pun dengan rasa teruja beli la bende ni. Dah ini je yang ada dan murah di kedai Presint 9 dolu-dolu, mentang-mentang beli kat kedai mamak, bau dia pun ala-ala indian perfume, ala setanggi hahahaha... dah beli rugi tak guna, nak buang sayang banyak lagi. Sekarang Pakai pun fokus di 1 tempat yang ada stretch marks dan muka je. 

Hampir setahun jugak, tapi tak habis-habis. Guna pun kadang-kadang dan bila teringat, sesekali digunakan juga untuk muka. Masalahnya pakai scrub ni makan masa, nak menyapu dan mengosak untuk hilang daki dll pada badan. Aku pulak tak ada masa, dah tinggal dengan anak keperluan dia di utamakan dulu, untuk aku kalau ada kesempatan. 

Scrub untuk badan atau kawasan kulit yang bermasalah tak pe tapi tak boleh guna hari-hari untuk muka, tak elok, tak silap boleh membuka pori-pori, mencuci muka pun tak lebih 2 kali sehari sebab boleh menghilangkan kelembapan kulit pada wajah, jadi kering la jawabnya... jadi kalau ambik sembanyang tak perlu cuci muka, tapi boleh guna tisu basah untuk lap muka, hilangkan bedak dan kekotoran di wajah. Ceh !!!!!! macam pakar kecantikan pulak.



15 ulasan:

  1. Rajinnya berscrub...patutlah kulit putih melepak..kulit saya hitam hangus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada putih misah, awak lagi putih dari saya.... skrup ni saya selalu pakai di punggung..... hehehehehe nak hilangkan stretch marks tapi x hilang jugak hehehe

      Padam
  2. Balasan
    1. Saya mencuba saje, tapi baunya kurang sedap la. Maklum la kan Scrub ni banyak pilihan..
      Ini antara kebaikan scrub secara umum,
      Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
      Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
      Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
      Mengurangkan tekanan & keletihan.
      Mengekalkan tenaga.
      Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
      Memperbaiki tekstur kulit.
      Mengurangkan dehidrasi
      Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
      Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
      Menghilangkan warna kulit berbelang.
      Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
      Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
      Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Nak cari. Boleh x bagi landmark kedai tu. Lame sgt cari scrub ni

    BalasPadam
  5. sy guna odeon ni dr muka smpai kaki.mmg byk manfaat.jerawat dh kurang,kulit moist, hilangkan bau badan, lembutkn kulit.adik sy rekemen.mula2 dlu tak harap sgt sbb jenama takpernah dgr kn hahah tp terbukti serasi dgn sy

    BalasPadam
  6. Saya baru saja beli...nak coba...

    BalasPadam
  7. sya pkai berksan kulit jdi bersih cerah parut2 pm pudar alhamdulillah

    BalasPadam
  8. saya pn baru guna scrub ni beli di mydin semalam..tak tahu ok ke x..baru test malam semalam..moga2 ok la..

    BalasPadam
  9. Saya baru guna scrub ni. Saya try yg campuran turmeric dan yogurt. Bau ok. Beli kt eco rm 5

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

SESEDAP RASA