Ahad, 14 Jun 2020

Business Kek Batik



Syukur Alhamdulillah, siapa sangka dari buat secara suka-suka tiba-tiba jadi business, dan sehingga ke hari ini, ada yang repeat order. Mula-mula aku buat memang tak senonoh, ikut dalam YouTube la. Kemudian sedikit demi sedikit aku aku perbaiki kekurangan. Kek batik ni aku buat da lama tapi bila tengok orang ada topping coklat ganache & indulgence aku pun try.



Jumaat, 12 Jun 2020

Sambal Bacang


Ini la antara pembuka selera  bila makan. Orang kata kalau mak mertua lalu pun tak  perasan. Hahahahaha makan pula dengan nasi panas dan sayur berkuah di tambah dengan ikan kering, memang kampung sangat, tapi ini le pembuka selera.

Rabu, 10 Jun 2020

Kuih Lapis Pandan



Itu dia, bukan senang ye saya nak buat kuih muih traditional ni, ni pertama kali cuba, alhamdulillah jadi, ikut resepi sebiji-sebiji. Jadi boleh la kongsi resepinya disini, untuk rujukan next time boleh buat lagi dalam kuantiti banyak.

Selasa, 9 Jun 2020

Apam Balik Homemade



Selama ni asyik beli je kan. Ini kali la try buat sendiri jimat dan sedap,lagi pun boleh tambah jagung banyak- banyak ikut suka kita tak kena caj.

Jumaat, 5 Jun 2020

Khamis, 4 Jun 2020

Donat Sambal


Hari ini akan jadi kenangan bila esok dan lusa akan kita lalui, maka apa yang jadi pada hari ini tinggal kenangan. Jadi untuk dikenang khusunya seluruh manusia perlu berada dirumah ak PKP kerana virus covid19, maka terhasil lagi lagi masakan yang di Cuba pada hari ini iaitu kuih favorite sendiri. Alhamdulillah jadi dan boleh la share resepi disini.

Selasa, 2 Jun 2020

Puding Lumut Butter


Lapisan lumut
2 biji telur
100 gram gula pasir
130ml santan segera (KARA)
550ml air
1 sudu teh perasa vanila,
1/2 sudu teh pewarna hijau (emulco pandan)
1/2 sudu teh garam
10 gram serbuk agar-agar

Caranya:

Sediakan bekas yang bersesuaian. Pukul telur sehingga berbuih kemudian masukkan gula, air, perasa vanila, pewarna hijau dan serbuk agar2 kacau sebati semua bahan. Tapiskan ke dalam periuk dan panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih. Kacau sentiasa untuk dapatkan lumut yang halus dan cantik sekata. Apabila mendidih tutup api dan biarkan seketika sehingga suam @ buih didalam periuk tiada dan tuangkan ke dalam acuan. Biarkan ia mengeras didalam suhu bilik sementara itu sediakan bahan lapisan butter pula.

Lapisan Butter
4 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu kecil perasa vanila
100 gram butter (cairkan)
10 gram serbuk agar2
550ml air

Caranya:
Sediakan bekas yang beresuaian. Pukul telur sehingga berbuih @ sebati, masukkan susu dan butter yang telah dicairkan pukul sebati dan ketepikan.
Kemudian sediakan periuk masukkan air dan serbuk agar-agar kemudian panaskan sehingga mendidih. Setelah mendidih kecilkan api dan masukkan bahan adunan butter itu tadi, kacau sentiasa sehingga berbuih @ mendidih . Setelah itu tuangkan ke lapisan lumut yang telah keras, biarkan seketik didalam suhu bilik @ sejuk baru dimasukkan ke dalam fridge. Siap!! Boleh makan waktu berbuka nanti.

SESEDAP RASA