Isnin, 22 Ogos 2011

Kek Batik Ida




Bahan-bahanya :


1. 8 biji telur ayam
2. 1 cawan susu pekat manis
3. 1 pek kecil milo
4. 1/2 butter cup
5. 1 keping coklat masak
6. 1/2 kilo biskut merry

cara-caranya :

pecahkan semua telur didalam mangkuk sedehana besar. Kemudian pukul telur hingga kekuningan, masukkan susu dan pukul hingga sebati, masukkan milo dan kacau lagi sehingga semua bahan itu sebati, kemudian ketepikan seketika.


alaskan loyang dengan plastik, pecahkan dua biskut merry dan biarkan.


Kemudian panaskan kuali sederhana besar, masukkan butter cup dan cairkan, kemudian masukkan coklat masak sehingga cair, kacau dan sebatikan kedua-dua bahan kemudian masukkan pula bahan-bahan telur, susu dan milo yang telah dikacau sebati tadi. kacaukan semuanya perlahan-lahan sehingga bahan yang cair tadi menjadi likat, masukkan pula biskut merry dan kacau lagi, kacau sehingga biskut merry disaluti coklat. 

Apabila semuanya telah sekata masukkan bahan didalam kuali ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik. Tekan-tekankan kek batik itu tadi dan ratakan didalam loyang, biarkan sehingga sejuk baru dimasukkan kedalam peti sejuk atau selepas beberapa jam, kek batik sudah boleh dipotong.




p/s : kek batik ni boleh ditambah dengan bijan, cerry atau kismis jika suka, terpulang kepada citarasa masing-masing.



SESEDAP RASA