Jumaat, 15 Februari 2019

38 tahun

Alhamdulillah hari ini bertambah lagi usia aku. Syukur atas nikmat yang dikecapi. Namun dalam usia penghujung 30-an ni apa yang aku fikirkn adalah kesihantan, ya Syukur Alhamdulillah juga kerana kesihatan dalam keadaan baik. Masih boleh makan apa sahaja ikut selera dan keinginan.


Jumaat, 8 Februari 2019

Buku Merah Ku

Alhamdulillah selepas merasai sedikit kesukaran, akhirnya siap passport Aku dan anak. Yaa memang susah, mula2 datang ke bangunan imagresen, rupanya di manara ikhlas, da sampai no giliran habis. Pe tugas di kaunter pertanyaan dengan begitu yakin suruh buat online, gigih la Aku ke office, try la cari celah mananya link. Rasanya x boleh jugak.

Member pulak cadangkan ke UTC. Peh!! Aku pun dengan rasa macam lembu cucuk hidung, pergi la UTC Pudu, ya Ampun!! Kehulur kehilir penat sungguh, salah train la. Sampai saje tempat yang dituju, Sangat mendukacitakan, situati yang sama dengan Putrajaya. Hwaaaa nak nangis.

Tak tanya tak tunggu lama beberapa minit je Aku pun tarik nafas  panjang, terus keluar jalan2 di kawasan legar  UTC duduk kurangkan rasa penat, terus balik, singgah la solat di Plaza Rakyat sambil Asyraaf beli makanan ringan. Terus la Balik penat punya pasal. Petang tu sampai rumah memang tunbang.

Memandangkan hati bercuti dan tak nak ganggu hari bekerja, hari jumaat da rancang untuk keluar lebih awal. Allah 1 lagi dugaan, dokumen asyraaf pulak x de, di rumah tak de dalam kereta pun x de, sah la tercicir. Tapi gigih jugak ke imigresen dan tawakal, kalau x dapat buat passport anak , siap Aku punya dulu pun x pe. Datang2 Lom pun jam 8.00 pagi da ramai, angkat giliran pun 1163&64, syukurnya no giliran tu sebelah petang selepas solat jumaat. Sungguh Syukur tak terkira.

Apa lagi sepantas kilat Aku terus ke Putrajaya central cari tempat Aku bergambar masa hari khamis, tak ada jugak Aku terfikir di plaza rakyat je Sebab masa tu p solat. Maka ke KL lagi la, sama ke situasi mcm semalamnya, tersalah2 train. Memang betul gerak hati aku, tertinggal di plaza rakyat. Syukur tak terhingga dapat Balik dokumen Asyraaf. Apa yang ada dalam fail tu!! Yang penting sekali surat beranak, yang baru dan lama, selebihnya sijil sekolah asyraaf. Berbaloi la dengan kos pergi Balik naik train 2 hari RM80++ huh membazir kan! Kalau sabar dan tak ke UTC x jadi macam ni. Tapi itu la yang di katakan takdir, suka tak suka hadap la jugak, dalam hidup kita memang banyak pilihan tetapi kadang kala tiada pilihan, macam kes ni.

Sesampai di KL central, singgah pulak di KFC perut pun tak tahan kelaparan, makan la dua beranak disitu. Siap makan pecut terus ke Putrajaya singgah masjid untuk Asyraaf solat jumaat, terus ke imigresen semula. No giliran masih x sampai 100 lagi, apa lagi cari makan laaa hahaha kije makan je la jawabnya.

Finally siap la passport dua beranak. Hehe Lucu da tua baru ada passport, Ye la lepas ni boleh la simpan duit, mana tau niat nak menunaikan umrah dimaklumkan.. Yang penting ada duit In Shaa Allah. Memang niat tu sa ada Dari tahun lepas. Aku target 2 tahun lepas ni @ umur cukup 40 tahun.

Apa pun tragis sangat kan sposes untuk Aku dapatkan passport, bukan Sebab orang lain Tapi da nasib aku eemmmm... Redha je la.

SESEDAP RASA