Jumaat, 21 Mac 2014

Sambal Belacan Adabi



Produk Pilihan aku kali ni Sambal Belacan Adabi. Maklum le dia punya iklan bukan main gempak... serupa macam kat rumah aku orang atas menumbuk guna lesung batu, jangan kata rumah aku yang berhampiran memang dengar la, tang.. tung.. tang.. tung... pagi2, malam2.... memang aku respect la, sebab rajin masak. Tak pe la dia tak kerja, aku yang bekerja pun memasak juga, tapi dia yang duk rumah memasak time orang da nak tidur, aje le peliknya. Aku balik terus ke dapur, maklum ke da kebuluqqq!!! hehe... lambat masak Asyraaf pun padam, penat je aku masak kan!!!.

Alamak aii, panjang punya mukadimah... Berbalik pada cerita asal pasai Sambal Belacan Adabi ni. Boleh tahan la sangat pekat ladanya, tinggal makan je, kalau buat jemput-jemput boleh le buat pencecahnya. Cuma rasanya agak manis sikit tapi tak de le pedas, ladanya memang cukup masak, hitam pekat macam orang tua2 dulu masak sampal.

Isinya macam lada giling yang mentah tu, jadi malau nak sedap lagi atau nak cairkan sikit boleh je tumiskan bawang sekali, buat sambal udang ke... Boleh la kalau nak mencuba. Sediakan duit je. 

6 ulasan:

  1. tak pernah pulak guna sambal belacan segera ni. Selalu tumbuk sendiri kat dapur. Kalau tak habis simpan peti ais untuk sambung makan esoknya..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini sebenarnya masa saya tak boleh guna tong gas.... masa konvert seminggu tunggu... jadi masak guna rise coocer, teringin nak masak telur sambal tu yg beli sambal ni.... boleh tahan sedap la...

      Padam
  2. Boleh la saya nak cuba rasa nanti. Haritu saya beli belancan, hitam jer belacannya. Bila buat sambal dan makan, tangan melekat bau belacan tak nak hilang. Kena basuh dengan sabun banyak-banyak baru hilang bau belacannya..kalau yang siap ni pun senang jer, tinggal cicah dgn ulam-ulaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau cicah dengan jemput2 best misah macam sambal tumis, awak boleh tambah air untuk cairkan sambal ni sebab dia pekat sangat... tabah garam sikit ke, sebab sambal ni manis sikit hehehe

      Padam
  3. Ok nanti saya try yer...tengok kat iklan pun macam sedap je..macam best jerr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada tekak saya ok la misah oleh kerana sambal tu pekat awak boleh cairkan tambah udang ke, tambah garam biar kurang manis pun ok... sesekali beli ok. kalau nak selalu boleh d katakan mahal la hehehehe

      Padam

SESEDAP RASA