Isnin, 24 Mac 2014

Online crazy!!!!


Aku ni antara manusia yang tak percaya bayaran online2 ni.... takut ada penipuan. Aku memang susah untuk di pengaruhi apa lagi nak meyampai2. Maaf je la bukan kije aku nak laga-laga kan orang macam sesetengah orang.


Emmm... boi ler.... yang penting sekarang ni sebenarnya bila dah duduk rumah sendiri semula kene  bayar bil sendiri... kat opis ni ada kaunter POS senang nak bayar bil air.... tapi bil elektrik tak perlu bayar sebab kerajaan tanggung maklum le bil bawah RM 20 hehehe... apa je yang aku guna hanya frezeer, Washer mashing dan iron lain tu yang ringan2 je kot. Rumah aku memang kurang bil, sebab bil yang penting2 je. Ada pun bil belanja kat pasar raya memang le banyak hehehe.

Memandangkan Gas tak boleh bayar di kaunter pos jawabnya aku kene le ke pejabatannya di presint 9. Memang terasa susah sikit, maklum le pejabat dia bukak waktu pejabat, jadi bila masa aku nak pergi bayar. Nak keluar pejabat memang bercinta aku ni. Suka duk opis  hehehee.. Bila tak bayar2 aku jadi risau, bila nak keluar tang ada je kijenya.. 

Last2 aku p maybank, untuk buat maybank2u... hehehe. Dulu aku dah buat senang je dah lama pun, mungkin sebab lom popular. Tapi sekarang dia punya step, menyusahkan aku le pulak. But now already ok. 

Hehehehe bayar bil gas online je... Alamak mudahnya. Tak ya kemana2.... kan!!!! Bil sikit aku berani le online... kalau banyak aku tak sanggup jugak. Wah!!!! 

Sekarang ni bila dah mula ... macam2 le pulak aku nak online je kan. Nak di jadikan cerita nak simpan duit pun nak online... tersilap no. akaun pulak. Adeh!!!! tipon maybank tipon bank rakyat.... eh!!!! kalau nak cerita.. panjang berjela la.... Maklum le pihak bank takut ada unsur penipuan, macam2 soalan dia tanya macam polis gamaknya, layan je la. 

Aku tunggu beberapa hari tub...tub... Alhamdulillah duit dah masuk ke akaun maybank semula. Nasib baik no akaun yang tersilap tu tak de akaun orang lain. Kalau tak jenuh nak buat report kat maybank, nak mintak duit sendiri yang bank in ke orang laon  pas tu nak mintak.... aduhai mcm kije gila pulak... 

Pengajarannya yang aku dapat dari insiden ni, kalau terbank in ke akaun orang lain kene la report ke bank yang sepatutnya, bila buat pembayaran jangan lupa print salinan dan simpan. Kalau akaun yang di tranfer x de pemegang akaun duit kita akan di kembalikan ke akaun semula. Kalau ada pemegang akaun kene le pulak ke bank yang di bank in untuk menjadi orang tengah kepada pemegang akaun, itu pun kalau dia nak bagi... hehehehe bahaya betul...

Kesimpulannya hehehehehe macam buat karangan ke laporan ni ada kesimpulan.... Pedoman untuk aku... Nak bank in pertamanya no. akaun mesti betul. 




2 ulasan:

  1. Sampai sekarang saya tak pernah bayar bill online. Semua saya bayar guna kaunter...Biarlah lambat sikit tapi yang penting saya yakin bill saya dah clear.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah misah saya pun tak biasa jugak tapi sebab nak bayar bil kene p presint 9.... boleh tahan jauh la.. so saya bayar on9... Ok nampaknya dah 2 bulan... RM 4 je misah tu yang saya tak kisah hehehe

      Padam

SESEDAP RASA