Ahad, 9 Mac 2014

Lesen Berwajah Baru




Eeeemmm..... Seronok pulak tengok lesen memandu baru aku hehehehe.... macam cantik je.. macam moden je.... heheheh macam jakun je kan. Aku memang tak tau lesen sekarang da macam IC. Pemandu teksi yang bagi tasu.

Nak buart lesen pun susah, UTC ni tempat ke tiga aku pergi, mula2 p Alamanda pejabat pos mini, punya le lama aku tunggu giliran tiba masa petugas tu cakap x de line nak cek.. Balik je la. 


Dek risau kene tahan polis trafik ke apa ke, aku ke JPJ Bangi. Lain pulak masalahnya, betul2 12.30 tengahari aku sampai, kaunter tutup dan bukak jam 2.00 petang. aduhai balik opis semula. Pelik kenapa tutup waktu rehat, bukan ke jabatan kerajaan waktu rehat pun kije dia orang bergilir untuk tugas waktu rehat. Setahu aku macam tu la, tapi sekarang tak tahu le. Bukan orang awam yang bekerja sendiri je yang datang urusan di mana-mana agensi kerajaan, swasta dan kerajaan pun selalu mengharapkan waktu rehat untuk keluar, kecewa lagi.

Nasib  baik naik teksi kawan, free of caj hehehe.... belanja dia makan je. tapi dia kata kalau ke Bangi RM 20, nasib baik le kenalkan, kalau tak RM 40 terbang urusan tak selesi. Dia yang syorkan aku untuk ke UTC.

Nasib baik di UTC semuanya selesai dengan cepat, lebih kurang 30 minit je urusannya. Macam biasa aku renew untuk 2 tahun RM 60, tak silap dulu renew bukan RM 3 ke setahun what ever??? tak pe la bukan mahal pun. Sekarang tak de le bimbang nak merayap naik motor, polis trafik selalu ada di jalan yang aku lalu di belakang Jabatan Peguam Negara. Daripada bayar saman baik buat lesen. hehehehehe "PENGGUNA BIJAK FAEDAHNYA BANYAK"



3 ulasan:

  1. Kena tukar juga la macam ni. Cantik je kan. Tapi kena bawa gambar pasport ke IDah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah misah bawak gambar dengan lesen memandu.... tapi gambar dipulang balik..... saya pun x tau ada lesen baru mcm ni, pemandu teksi yang bagi tau... ini pun tempat ke3 yg saya pergi untuk renew lesen

      Padam
  2. Apasal pulak kena bawak gambar pastu dipulangkan semula...dia scan gambar kita ke? kan lebih senang tangkap gambar kita kat situ jer macam Jabatan Pendaftaran.

    BalasPadam

SESEDAP RASA