Rabu, 5 Mac 2014

Antara Masalah Atau Dugaan



Dalam kehidupan, kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku dimasa akan datang, walaupun kita merancang tidak semestinya akan jadi kenyataan. Namun hakikatnya yang telah berlalu itu adalah kenyataan, sejarah yang menjadi kenangan suka duka itulah kehidupan. Nasib antara kita tidak akan sama, dugaan juga tidak serupa.

Tak semua antara kita rehdha dengan apa yang berlaku, apa yang dilalui, apa yang dirasai. Hakikatnya tiada seorang manusia yang tidak pernah rasa kecewa, terluka, merana, sedih dan sering kali kita lupa dengan rasa gembira, bahagian, sayang kerana yang namanya manusia lebih suka mengenang dukacita dari sukacita.

Sememangnya apa yang datang tanpa diduga, menduga kita tanpa sedia, namun setiap yang datang pasti akan pergi, setiap masalah pasti akan selesai dan setiap yang bermula pasti akan berakhir. Hanya masa yang menentukan segalanya.

Aku antara manusia yang mempunyai pelbagai kisah dan cerita, menangung pelbagai rasa, mengharung pelbagai dugaan, merasa nikmat disebalik ujuan dari-Nya. Apa yang aku pelajari hidup ini harus redha, malah perlu yakin bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya.

Kita hanya manusia, dugaan dan masalah pasti akan datang selagi nyawa dikandung badan.


2 ulasan:

  1. Selagi nyawa di kandung badan, selagi itulah akan ada rasa suka, duka, gembira, kecewa dan semua rasa yang ada termasuk la masam, manis, masin dan pahit. Nak tak nak kena hadapinya juga. Itulah rencah kehidupan namanya. Kalau takde semua rasa tu, tak ada nikmat hidup ni. Asyik mendatar jee....

    BalasPadam

SESEDAP RASA