Ahad, 2 Mac 2014

Rezeki Di Bulan Kelahiran..


Sebenarnya bulan Februari ni aku menunggu juga BR1M dan Gaji baru. Tapi kedua2nya masih belum dapat. Tapi Allah Beri rezeki yang lain pulak. Tuntutan Faraid yang di buat amanah raya telah pun selesai. Kebetulan aku bertugas di Muar ada show 3 hari. Sambil Menyelam minum air, urusan kerja dan uruskan Cek untuk adik beradik dan mak.  Cek aku la yang di cash kan dulu huhuhu... Alhamdulillah. 

Ceritanya bila duit ASB arwah ayah telah terkumpul dalam 10 K jugak la masa tahun 1996 aku da uruskan tapi Mahkamah Rendah Syariah Muar tergantung begitu saja. Dari tahun ke tahun ASB tu semakin bertambah. Mak aku la desak suruh uruskan. 

Jadi untuk dapatkan duit tu bukan kerja senang, ambil borang di Amanah Raya Berhad, belum apa2 dah RM50 untuk buka fail di mahkamah syariah tujuan untuk dapatkan sijil faraid, dah terpaksa turun naik mahkamah , kos angkat sumpah, masa dan tenaga memang terasa penatnya. 

Hakim pun pening, dia kata kes aku la paling susah. Mana tidaknya arwah ayah kawin dua, so nak tahu yang pertama masih isteri atau dah berpisah, dan meninggal pulak tu, tapi kes selesai sebab dah berkahwin lain, tapi kene angkat sumpah. Akak pulak binti nya tak sama dengan aku dua beradik @ anak mak siti (mak aku le tu huhu) kene angkat sumpah lagi. kos angkat sumpah pun dekat RM100.00. nasib baik kes berjalan di Mahkamah Rendah Syariah Ledang, kalau kat Muar memang penat aku di buatnya.


Selesai di Mahkamah Syariah baru la kembali ke Amanah Raya Berhad semula, bayar lagi RM 60.00. Dari bulan ke bulan aku call Amanah Raya, naik angin jugak aku alasan sama je... aku pun cakap la... da berbulan cakap macam tu jugak. hahaha lantak le, aku lagi naik angin mak asyik bising jer, dia ingat aku yang ambik agaknya duit tu orang tua mane le tau bab2 mcm ni, faraid bagai... . Hanggin jugak aku, yang nak uruskan ni semua aku, yang keluar duit aku, tenaga aku, penat pun aku,  yang lain semua tinggal dapat duit je, aku pun boleh sabar. Akhirnya Alhamdulillah selesai jugak... Kalau rezeki tu ada memang tak kan kemana.




Sekarang semua dah dapat, selesai jugak la tugas aku uruskan duit ASB arwah ayah. Telah dibahagi sama rata mengikut faraid. Sebenarnya ini adalah sebahagian pengalaman dalam hidup aku, macam dah lali turun naik mahkamah syariah, kat situ bukan untuk orang bercerai berai je, banyak lagi kes2 yang melibatkan masalah dalam agama islam sendiri berkaitan akhlak seperti khalwat, x puasa, berjudi, pembahagian harta seperti faraid dan macam2 lagi la... termasuk kes murtad ...



Yang geli hatinya, semasa aku nak masukkan cek, hanya di ajar isi maklumat di belakang cek. Tapi tak di ajar macam mane nak masuk dalam mesin, puas aku tenung mesin tu, tang mane nak di tekannya hehehehehe. Pak Guard perasan, dia kata touch screen... selepas tu baru le aku buat sendiri huhuhuhu....

2 ulasan:

SESEDAP RASA