Isnin, 31 Mac 2014

Nivea - Body Lotion In-Shower Intensif



Ini adalah produk yang   betul2 aku teruja nak cuba. Alhamdulillah dah sebulan dan sebotol ni boleh tahan sebulan. Ini botol yang kedua la kiranya. Mungkin sesuai untuk aku terus menggunakan. Memang nampak ada perbezaan, kulit tak le sekering sebelum ni. Fokus utama bahagian yang kering di betis, tumit, jari kaki, selebihnya tangan dan badan.

Bukan susah pun lepas cuci badan guna shower gel @ sabun pun boleh. Sapukan pulak Body Lotion In-Shower ni, lepas tu bilas. Aku pulak biarkan sekejap, berus gigi dan cuci muka baru la bilas... Senang je. Tapi aku tak sudah di situ. Selepas lap badan, aku akan sapukan minyak zaitun.. Pilihan aku minyak zaitun jenama Safi.

Sebenarnya masa yang sesuai pakai losyen atau minyak zaiton selepas mandi, jadi produk ni memang sesuai dengan aku....

2 ulasan:

  1. Rajinnya pakai losyen dan urut badan. Saya ni asal boleh jer, mandi pakai shower cream/ sabun ...lepas mandi lap badan terus pakai baju. tak sempat pulak nak urut2 badan ni..

    BalasPadam

SESEDAP RASA