Isnin, 11 Mac 2013

Sepatu Putih!!!!!

Hari Jumaat lepas Asyraaf pesan kat aku, cikgu suruh pakai baju kemas2, sepatu putih, khamis nak naik pentas. Khamis?????? 

Puas aku fikir kenapa agaknya. Dalam masa yang sama, aku siapkan juga keperluan sekolah seperti biasa, sepatu sekolah yang getah memang tak perlu kapur, tapi yang kain perlu dikapur, biar senang aku nak basuh nanti. pagi2 Asyraaf da tanya, sepatu dia putih tak...... malam2 buta ibu dia duk mengapur kasut dia. 

Hari ni terjawab persoalanya rupanya perlantikan sebagai Anggota Flying Squad Tahun 2013 dan dapat sijil huhuhuhuhu....

Yang best tertulis kat sijil tu, (Ketua Kelas 1 Bestari) pelik jugak macam mane cikgu dia boleh pilih jadi Ketua Kelas, tulis nama sendiri pun tak lepas, baca lagi la..... tersangkut2, dan 1 lagi Asyraaf kememeh, tak boleh kene marah huhuhu..... Apa pun keadaan aku bangga dengan Asyraaf. Ada modal untuk aku cakap.

Dari kecil lagi aku da pesan pada Asyraaf, untuk pimpin baca doa makan, Kerap aku cakap "da besar nanti Asyraaf akan jadi pemimpin jadi kene baca doa makan". Kene belajar pandai2, Kene pandai baca dan macam2 lagi tub2 tengok jadi ketua kelas, masin molot aku, huhuhuhu. Sebenarnya bukan ahli politik, bukan PM, yang aku maksudkan, cukup la sekadar pemimpin sebuah keluarga, lelaki memang akan jadi pemimpin. Kerana itu aku harap cukup ilmu, ada ilmu ada la kerjaya, adalah masa depan. InsyakAllah Mudah2 dia berjaya, hanya mendoakan yang terbaik untuk dia.

2 ulasan:

  1. Wah..wah..wah..kecik2 dah jadi anggota flying squad. Tp apa bendanya tu? Anggota Squad Terbang ke? Ala..idah, Aiman pun sama kememeh..kena marah sikit je dah menagis. Bila bangun lambat dan suruh mandi pun menangis..suruh bawak botol air sendiri pun tak larat..alasannya berat la ibu..mana la saya tak geram..suara saya ni dah mcm tiger dah jerit kan dia. tu la anak..anak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak tau misah....huhuhuhuhuhuuuu layan je la...

      Padam

SESEDAP RASA