Rabu, 13 Mac 2013

perempuan...... perempuan..........

hati menangis siapa tahu????
Pada hakikatnya aku malas nak cerita pasal individu atau orang perseorangan, tapi nak buat macam mane, aku tak ganggu gugat hidup orang lain, tak kacau!! tak cuit!! tak mintak duit pun!!! tapi kenapa ada orang yang iri hati, sakit hati, dengki, hidup aku serba sederhana, banyak kekurangan, apa yang nak di cemburukan.


Yang peliknya, sampai tahap apa aku pakai, dari tudung, baju hingga kan ke kasut bukan sekadar diperhatikan itu pun ditiru.... hahahaha... aku jahit manik di baju sendiri, sanggup pulak upah orang untuk jahitkan manik, hebat betul pengaruh aku, bak kata akak aku pun, aku jadi "idola" hahahaa.... sampai tahan ringtone dari tak ada pun ada jugak, sebab call handphone aku ada ringtone..... macam2 manusia ni....

Kelebihan aku hanya pada kerja, bukan kehendak aku, tapi tuntutan kerja, dari pekerjaan ini ada jaringan hubungan baik dengan ramai orang, dan ramai juga la lelaki berbanding perempuan, tak perlu cakap banyak tengok ketua kampung ada ke perempuan & penghulu, Y.B.-Y.B. hanya ketua jabatan je ada perempuan itu pun berapa kerat je. Semuanya juga atas urusan kerja.

Lumrah dalam kerja, nak2 jabatan aku, orang mintak maklumat cari aku.... cari aku mintak maklumat,. Rancang untuk buat program malah megendalikan program orang kerana itu sebahagian tugas aku. Aku bergaya, aku bersolek, apa salahnya aku sedang menjalankan tugas, hanya atas urusan 'TUGAS RASMI KERAJAAN' di hari2 biasa aku berkeadaan biasa. Tak pernah aku nak bersaing dengan sesiapa, tak pernah nak tunjuk bagus. Tapi kalau orang puji aku bagus, orang nak sakit hati, rasanya itu bukan masalah aku.

Aku bercakap pun dengan orang tertentu aje, atas dasar menjawab soalan, ada perbualan yang aku sendiri tau tentang tajuk cerita, biasa la mesti rancak bercerita. yang tak de kene mengena, jangan kata cakap, nak senyum pun sekarang aku dah kurangkan, pernah di tegur, jadi sebagai langkah berhati-hati, lebih baik jalan pandang bawah dari pandang muka orang, tak senyum orang kata sombong, tapi tak mengapa di kata sombong. Hanya orang yang biasa bekerja dengan aku tau sikap aku walau keanak-anakkan dan manja itu adalah sifat semula jadi yang adakalanya aku sendiri tak perasan. Tapi kerja penuh dengan komitmen yang terbaik aku berikan.

Sudah sebaik mungkin aku menjaga tingkah laku, percakapan, pergaulan. Aku korbankan perasaan untuk jaga nama, keluarga dan kerjaya. Dari hari ke hari aku cuba perbaiki diri, aku masih sedar aku dibumi yang nyata, aku sedar tipu helah manusia. Tak pernah aku mintak orang faham keadaan aku.  Cuma terkadang ingin saje  aku bertanya. tak cukup ke dengan umpat cela, dah cukup sangat ke pahala, boleh jamin ke ke Syurga. 


8 ulasan:

  1. Dah namanya hidup IDah..mmg banyak la cabaran, dugaan dan rintangan. Lebih2 lagi dengan umpat keji, caci maki orang ni, mmg tak perlu dilayan. Kalau dilayan kita yang sakit hati jer. Saya dah banyak kali kena dengan orang kat opis ni, mula2 mmg la saya marah...lama-lama saya buat tak tau jer IDah. Tp kalau saya marah dgn orang tu, saya tak akan tegur dia pun..nak senyum pun susah. Yer la, orang kita ni kan SENANG TENGOK ORANG SUSAH, SUSAH TENGOK ORANG SENANG. Sebab tu apa jer kita buat ada jer yang tak kena di mata2 orang ni...janji kita tak kacau sapa2...cari rezeki untuk keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BETUL MISAH, CUMA KES AWK DI KELOMPOK KECIL @ D OPIS, SAYA KELOMPOK MASYARAKAT, DENGAN K1M , ORG KG, SAYA SELALU JADI AMCEE KALAU DA MLM MAJLISNYA BALIK PUN LARUT MALAM, SAYA PERNAH KENE TEGUR,... DA MALAM BARU BALIK!!!! FUH!!!! RASA NAK BALING JE KASUT SAYA KAT ORANG YG CAKAP TU.....

      Padam
  2. Yer la, mungkin status awak tu menyebabkan org salah anggap. Dia tak faham dgn keje kita yg tak kira pagi, petang siang dan malam. Tu yang orang pandang serong. padahal kita buat keje, bukan menyeleweng ke mana2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu saya sanggup keluar dari tempat sendiri, selaintak tahan tugas yg banyak d daerah..... lebih baik berhijrah, ambil udara baru...... bina hidup baru....

      Padam
  3. pagi tadi dengar motivasi pagi kat TV3..penceramah tu kata, kalau kawan kat pejabat buat kita stress, berhijrah la ke tempat baru dan cari kawan baru..mungkin ada kebenarannya jg kan. Sama mcm awak cakap tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kiranya tindakan saya betul la ni Amin!!!!

      Padam
  4. insya Allah..mudah2an bila berada di tempat baru kita dapat ketenangan.

    BalasPadam

SESEDAP RASA