Khamis, 7 Mac 2013

Sakit Kepala!!!!!!!!!!!


Hari ni aku bekerja di Felda Sri Jaya Program Info Bestari K1M, pagi2 da gerak. Entah kenapa tiba2 diserang sakit kepala. Mula2 risau jugak kalau melarat, tugas untuk 8hb & 9hb sedia menunggu untuk dilaksanakan dan seperti biasa la amcee,  8hb jer dua majlis  3.00 petang Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Serbaguna Kaum India Ledang Berhampiran SJKT Ladang Tanah Merah (Belakang Kolej Matrikulasi Ledang) sambung 8.00 malam Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mihubbah Sungai Mati.


Sabtu 9hb 8.00 pagi di Kompleks Sukan Tok Laji, Kesang Tasek, Sungai Mati Program Merakyatkan Seni Budaya ‘Sentuhan Rakyat’anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Johor. 

Ini lagi sedap siap U.P: Puan Id........... bagai. amboiiii!!!! Dalam surat siap tulis sepanjang majlis berlangsung lagi. Ramai betul pengarah aku di peringkat daerah, di peringkat pejabat huhuhuhu.... aku biasa la "yang menurut perintah" ayat skeemaaa.... 

Sebenarnya bukan berapa banyak tugas yang aku risau tapi bila keadaan yang tidak di duga berlaku. Maklum le aku amcee tunggal di sini. Andai kata tiba2 berlaku kecemasan aku sakit dan sebagainya, siapa yang boleh buat kerja kalau da gred aku ni sorang je. Kegusaran ini sebenarnya turut dirasai oleh orang2 yang biasa berurusan dengan aku. Ke sana ke mari, asyik, asyik , asyik muka aku. Tapi kalau aku sakit, apa agaknya akan jadi.

Soal kepenatan aku dan keadaan yang terkejar2 tak perlu le di cakap itu hal peribadi tapi ini soal imej jabatan, adakalanya orang tak tau apa masalah kita dan mencari salah kita, dan kebiasaanya apabila berlaku sesuatu barulah nak bertindak. 



2 ulasan:

  1. Mmm...yer la, org akan nampak keburukan orang lain daripada keburukan diri sendiri. Tu yang suka citer aib org drpd aib sendiri. Kalau saya jadi macam awak, keje kat daerah sorang diri, dah lama saya blahhh...buat pening kepala je..silap haribulan leh kena streess, darah naik dan kena migrain...Saya ni tak leh banyak sangat pikir masalah, nanti saya pening kepala...streess

    BalasPadam
  2. Setiap kali jadi MC awak mesti beli baju baru ke Idah? mcm tu banyak la kos yang nak digunakan. Dah beli baju mesti nak kena padankan dengan tudung pulak. Kalau saya..iskh2..tak mampu rasanya. Baju siap mesti harga RM80 ke atas..mana nak korek duit. Kalau macam tu selalu, mesti duit yang ada dlm semua bank akan dikeluarkan..hahahaha

    BalasPadam

SESEDAP RASA