Sabtu, 16 Mac 2013

Senyum tak perlu kata apa -apa


Senyum bukan bererti suka, ketawa bukan bererti gembira. Hanya sekadar mengikut keadaan agar suasana tidak kelihatan suram, jenaka yang kadang kala menghiburkan. Walau pada hakikatnya dalam hati banyak bicara kata-kata duka, siapa yang tahu??? 

Rasa yang bukan untuk dikongsi bersama, cukuplah ia memberi kesedaran, pengalaman, pengajaran dalam meniti kehidupan di masa mendatang. Siapa kita untuk memilih kehidupan yang selesa, sedangkan kesenangan juga bukan mudah untuk dikecapi dan kebahagian tak mudah untuk dimiliki.


Sepayah mana pun laluan, senyum untuk berfikiran positif, walau hakikatnya hanya memujuk hati. Pandangan adakalanya kabur dan tak pasti, namun apa jua yang datang harus ditempuh dan dilalui. Walau ia melemahkan semangat, menyesakkan dada, namun itulah hakikatnya.

Apa pun pandangan, bukan cerminan kenyataan yang sebenar, kerana hati tidak mampu bersuara, namun  rasa dihati mampu dirasai seluruh anggota. Biarlah apa pun yang ditanggung di hati juga tempat rasa segalanya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA