Ahad, 8 Jun 2014

Aktiviti Sehari...


Eeeeemm... selepas berhari2 di kampung, rumah pun berhari-hari di tinggalkan. Oleh kerana anak tak ada, aktiviti di Hari ahad dari siang sampai ke malam... aku mengemas.... Jadi maid dengan tshirt dan skrit.... hok aloh memang macam indon!!!!.... peduli apa kan.... tak kacau orang pun..


Biasa la aku, bila kata mengemas aku mengelap dulu rumah, berhabuk rumah tepi jalan le katakan....., baru menyapu part by part, siap menyapu baru mengemop. Siap semua 3 bilik, 2  balkoni, stor, dapur dengan tempat sidai baju sekali.... hahaha... Sempat mengutip sampah di semua tong sampah...huh!!! rumah aku memang banyak tong sampah...  di 2 tandas, di 3 bilik, ruang tamu dan dapur..... haha 7 semuanya.... baru aku tau jumlahnya... kasut-kasut rosak pun aku lego sekali, buat semak je dalam rak kasut.... nak kene beli kasut baru ... nak raya ni hahahaha ... puasa pun belum...

Siap semua aktiviti tu, aku teruskan dengan aktiviti membasuh  perkakas mengemop... basuh juga tong sampah di dapur dan di tandas yang agak kotor... dan kemudian simpan di tempatnya semula. 

Tak selesai lagi, cuci tandas pulak, dengan cermin, singki, mangkuk tnandas mangkuk ayun sekali haha.. gayung dengan besen sekali aku bersihkan.... Rumah aku ada 2 tandas, tandas di master bedroom, aku yang punya semua barang mandian dan cucian ada, yang lagi 1 asyraaf yang guna... aku guna  untuk buang air jer...  membazirkan!!!! haha...

Siap cuci tandas di master bedroom, Aku mandi terus.... eemm... kije rumah pun merancang jugak nak buat apa dulu dan seterusnya dan akhir sekali mesti mandi. Peh!!!! bau badan dah macam bau bangla pulak adeh!!!! Mandi siap semua, dengan skrup, bersyampoo bagai sental 1 badan, dengan tumit dan kawasan yang seangkatan dengannya aku gosok dengan batu belah batu bertangkup hahaha aku tak tau la apa nama batu tu macam batu karang berlubang2 untuk menghilangkan kulit2 kering di kaki dan tumit khususnya. Bila badan dah busuk mau wangi le pulak... hahaha  nasib baik piriot kalau tak segala bulu pun aku cabut.

Dah selesai semua badan terasa cukup penat, aku rehat tadi masa tengok melodi itu pun sebab makan. Lepas tu sambung kije balik. Dah siap mandi aku masak pulak. Rasa badan menggigil jugak lapo... tengahari aku makan magie je, minum teh cicah biskut.... Oleh kerana tenaga dah banyak keluar mesti makan nasi. Lauk ikan sardin je... makan sorang apa ada hal... bedal je  la. Siap makan mencuci semuanya, cepat-cepat aku buang sampah, mata dah mengantuk badan pun bisa2 kepenatan. Sampai masa untuk beristirehat.



Nasib baik hari sebelumnya aku dah membasuh dan melipat baju merangkap menyusun dalam almari sekali, kurang sikit kije... 

Sebenarnya ini le kerja yang perfect, sebelum ni, aku tak sempat  nak buat semuanya sekali gus. Dengan kekangan kerja yang tak menentu, tapi hari ini semua ruang dapat aku bersihkan. Cuma cermin tingkap  dengan sliding door tu perlu masa dan fokus untuk buat itu sahaja. Alhamdulillah..... puas hati aku, bila tengok keadaan rumah kemas, bersih dan teratur. Cuma rumah tak wangi... pewanginya rosak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA