Rabu, 28 Mei 2014

Setahun Berlalu...



Pejam celik aku dah setahun di Putrajaya. Cepat sungguh masa berlalu. Banyak pengalaman aku perolehi, tapi masih belajar, dan banyak lagi yang perlu dan ingin aku pelajari. Setahun aku di Putrajaya 11 tahun aku di Jabatan. Siapa sangka impian untuk menetap dan bekerja di Putrajaya jadi kenyataan. 

Walau pada  mulanya penempatan aku di tempat sekarang membimbangkan malah terkejut mengapa aku ditempatkan disini. Aku tetap melangkah pergi, dalam gusar dan bimbang apa akan jadi seterusnya hanya fikirkan yang positif untuk memujuk hati dan minda.

Sebenarnya ramai yang nak ke tempat aku,  tetapi bukan mudah, ada yang berminat tapi tak dapat, latar belakang pemohon untuk kesini jugak memainkan peranan. Hanya 1 didalam jabatan, disini bagai lubuk duit. Memang mewah dengan OT dan TNT. Tapi aku yang tak berkira malah tak maukan itu semua... untungnya aku "Jadi insan terpilih". Aku akur pikul juga tugas yang diamanahkan, memang terasa beratnya tanggungjawab ni, berbanding teman2 seangkatan yang masih melakukan tugas yanga sama, malah ramai juga di tempat bertugas yang sama.

Alhamdulillah, orang kata "tak kenal maka tak cinta", setelah melalui dan melaksanakan tugas dan setelah mendapat kerjasama yang baik dari semua orang, sekarang sudah rasa seronok dengan tugas. Aku bekerja bukan kerana duit semata-mata, namun rezeki dari Allah untuk aku sentiasa ada disini, sebagai hamba-Nya. Biar aku tak punya pengaruh dan teman rapat yang memahami. Cukup Allah sahaja tahu niat dan keikhlasan aku.

Memang tak di nafikan, tempat aku ni berkontroversi.  Aku post pic tak bertudung pun ada molot "puaka" kata rosak ida masuk PENTARAMA, hanya kerana gambar yang 1 itu. Hakikatnya, aku tetap aku yang dulu, cuma sekarang lebih lantang bersuara, sesiapa yang cuba dengki @ lebih mudah, niat tak baik secara terang-terangan memang aku cakap pun terang2 jugak. Aku tak suka!!!! Aku akan baik dengan orang yang baik, begitu juga sebaliknya, mengapa harus menghormati orang yang tak tau menghormati, so disitu adalah adil, tak kiralah usia, sepatutnya yang tua harus memberi contoh yang baik kepada yang muda.

Apa pun yang pasti, jika ada jati diri dimana pun kita berada dan ditempatkan tak akan jadi masalah. Apa yang penting pembawakan diri. Kalau niat tu betul tak de masalah. Cuma pada dasarnya sebagai manusia tak semua suka kita, dan aku tak akan mampu memuaskan hati manusia yang ada disini. Maklum la rambut sama hitam hati lain2. Buat apa pun cakap belakang tu perkara biasa, 1 je aku tegaskan, orang cuba pertikai kerja aku, aku juga boleh pertikai kerja orang, kerana aku pun tau kelemahan masing-masing, cuma aku berdiam diri kerana itu bukan masalah aku.

Menetap di ibu kota metropolitan, segalanya mahal. Tapi sesungguhnya perancangan Allah itu sungguh teratur, dalam rasa sedih dan susah aku di beri kemudahan dan cepat dapat menduduki kuarters, berbanding kawan2 lain bertahun2 menunggu giliran... cukup berbeza dengan nasib aku, hanya 5 bulan dari permohonan secara onlilne... hujung bulan 7 permohonan dibuat, bulan 8 dapat panggilan dari BPH mohon aku kemukakan dokumen yang mereka perlukan... 4 bulan aku berfikir dan Istikharah.... seminggu selepas hantar dokumen aku dapat jawapan.... 

Alhamdulillah syukur....  walaupun dalam keadaan yang tak bersedia... aku hadapi juga seorang diri, dengan wang ringgit dan tenaga sendiri, dengan keadaan gaji lama, tapi Allah bagi juga kemudahan.... dalam urusan kuarters... menaiki kenderaan jabatan....  bantuan dari kawan serumah. Dalam keadaan pendapatan yang terhad, aku masih mampu menguruskan secukup-cukupnya....


Apa yang penting Asyraaf ada disamping aku, dia semangat untuk aku berjuang meneruskan kehidupan ini. Sesungguhnya Allah merestui niat dan menunaikan impian untuk bawa Asyraaf tinggal bersama aku dan terus berjasa kepada anak yang diamanahkan, walaupun tidak sempurna seperti ibu2 yang lain, yang penting, tanggungjawab itu dipikul, keperluan tersedia. Walau penat dengan tugas di pejabat tanggungjawab kepada anak tak pernah aku lupa. 

Sekarang aku rasa selesa, walaupun keadaan rumah masih tak sempurna. Aku tetap berusaha menyempurnakannya. Putrajaya dah tak kekoh bagi aku. Seronok tinggal disini, sekolah dekat, pejabat dekat, Klinik Kesihatan pun dekat...... 




2 ulasan:

  1. Kalau saya pulak mesti macam katak bawah tempurung bila hidup di putrajaya...yer la dah selalu hidup di johor...tak biasa hidup di bandar maju macam putrajaya. Dulu dok KL pun sebab kerja ni...lepas 2 bulan dapat balik ke johor...alhamdulillah...mmg anak jati johor

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun mcm tu misah.... tapi apa yg ada di hadapan walaupun kita tak tahu... kita akan lalui jugak.... hujan memas di negeri org kan....

      Padam

SESEDAP RASA