Sepanjang tahun 2018 ni, banyak jugak kenangan yang agak menarik dan tidak dijangkakan. Memang lain dari tahun-tahun sebelum ini. Semuanya berkisarkan mengenai resepi. Yee.... resepi atau menu yang menjadi kesukaan kawan-kawan bila mereka telah merasainya sendiri.
Isnin, 31 Disember 2018
Selasa, 25 Disember 2018
Rumah Makan Terlajak Laris
Alhamdulillah akhirnya dapat jugak singgah disini, rumah makan terlajak laris milik selibriti terkenal dan terkaya Dato’ Aliff, fuyooo memang ramai orang. Boleh tahan sedap, banyak pilihan makanan dan minuman,
Rabu, 19 Disember 2018
Dinner Puspanita
Selama bertugas dan menjadi ahli puspanita, tak pernah terniat nak beriya-iya seperti kali ni. Semangat pulak nak join Evant ni. Beriya la cari baju dinner dan MUA Sebab nak cantik. Tak sabar rasanya tunggu hari kejadiannya.
Selasa, 30 Oktober 2018
Rabu, 17 Oktober 2018
Isnin, 15 Oktober 2018
Dip N Dip
Isnin, 8 Oktober 2018
PASKAL
Movie la hahaha. Cerita tentang tentera laut, kawan recoment untuk tengok cerita ni. Boleh tahan best jugak, ada sedikit lucu yang menjadi lawaknya, perasaan sedih seorang anak dimana ibunya tidak memahami naluri seorang anak, mencabar itu semestinya dah cerita pun mengenai keselamatan kan, dan nilai kasih sayang serta erti sebuah pengorbanan.
Sabtu, 6 Oktober 2018
Jumaat, 5 Oktober 2018
Rabu, 3 Oktober 2018
Selasa, 2 Oktober 2018
Isnin, 1 Oktober 2018
Tom Yam Campur Mek Daa Style
Bahan-bahan :
1 biji bawang merah ( besar)
3 ulas bawang putih
3 sudu besar lada kisar
3 kiub tomyam maggi
3 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar sos ikan
3 batang serai
5 helai daun limau purut
1 biji limau nipis
5 tangkai lada cili
tomato
carrot
cendawan tiram
bawang holand
daun ketumba / daun bawang
Minyak untuk menumis
Ayam, udang & sotong
Caranya :
Kisar bawang putih dan mawang merah.
Panaskan minyak, setelah panas tumiskan bahan yang dikisar tadi. Masukkan serai yang telah dipotong serong dan kacau, masukkan pula lada kisar, kiub Tom yam, kacau sehingga pecah minyak. Masukkan pula air, susu pekat manis dan sos ikan, lada colo yang telah diketuk, kacau sebati, masukkan perasan limau nipis, daun limau purut san bawang hollen kacau lagi. kemudian masukkan sotong, udang dan ayam. Kecilkan sedikit api dan biarkan kuah mendidih. Setelah mendidih masukkan pulak sayuran lobak merah, kobis bunga carrot dan tomato, setelah semua bahan cukup masak taburkan daun ketumbar / daun bawang, siap untuk dihidang.
Ahad, 30 September 2018
Rabu, 26 September 2018
Alhamdulillah
Pejam celik pejam celik dah pun cukup 2 tahun Usia iphone yang digunakan. Eeemm... orang yang kurang berkemampuan macam aku ni, gunakan kemudahan yang ada je, dengan maxis kita boleh dapat telefon free dengan menggunakan data internet yang ditawarkan, tapi aku memilih iphone jadi bayaran bulanan bertambah, tapi dapat la guna iphone. Walau hakikatkan masa beli ni aku ada je cash 3K tapi sayang nak bayar selepuk.
Jumaat, 21 September 2018
Bukan Rezeki
Hahahahaha masa di tunggu telah pun tiba. Pertandingan dinanti telah ditempuh dengan keadaannya yang tak berperasaan. Semestinya Aku kalah kikiki. Apa yang pasti semuanya jadi kenangan dan pengalaman untuk tahun ini.
Ahad, 9 September 2018
Debaran Makin Terasa
Alhamdulillah aku terpilih untuk stage seterusnya. Seperti yang aku kongsikan minggu lepas. Aku pun tak sangka. Apa yang dikatakan oleh penganjur dari TV3, seramai 100 lebih penyertaan dan 32 orang dapat ke stage seterusnya dan aku salah seorang daripadanya, sungguh aku memang tak sangka.
Rabu, 5 September 2018
Ahad, 2 September 2018
Isnin, 27 Ogos 2018
Jumaat, 24 Ogos 2018
Rabu, 15 Ogos 2018
Mood Malas
Eemmmm.... entah la sejak kebelakangan ni aku malasnya. Sangat malas tak seperti biasa. Memang betul la malas ni bukan di buat main-main. Kalau dah malas nak buat sesuatu pun memang tak menjadi daaa malas kan. Adoiiii,....
Ahad, 5 Ogos 2018
Royal Blue Kurung Moden
Satu lagi koleksi dari Peach untuk raya 2018 yang lalu. Dengan potongan ringkas kurung moden bewarna royal blue plain dengan sedikit tampalan dari kain yang berlainan jenis berbunga-bunga memberi sedikit menarik, memberikan seri kepada si pemakai, hahahaha gituwww.... ada tak macam penulisan didalam majalah.
Sabtu, 4 Ogos 2018
Da Daftar
Alhamdulillah syukur nikmat, da bertahun niat sejak bekerja di wisma putra 2015, tapi niat jadi semakin kuat pada tahun ni nak daftar haji untuk aku 2 beranak. Syukur sangat, kerana dengan izinnya jua, niat tu tercapai pada hari ni.
Khamis, 2 Ogos 2018
Isnin, 30 Julai 2018
Nasi Harimau Menangis
MasyakAllah Sekarang ni kan, macam- macam bende dan nama pelik yang luar biasa menjadi biasa. saya pun jadi terikut-ikut dan berlumba-lumba untuk mencuba terutamanya makanan yang tak pasti keenakkannya tetapi kerana kuasa viral gigih mencari untuk mencuba sendiri.
Sabtu, 28 Julai 2018
Novelle Home Mattress Protector
Niat hanya nak makan je di Seoul garden di IOI City Mall, tapi sempat la singgah index living room niat nya pun nak jalan2, tapi terdengar orang bising2 Aku pun tengok rupanya ada offer jualan happy hour. Ada la set cadar & conferter, bantal, cadar sahaja pun ada.
Khamis, 19 Julai 2018
lambat Dari Biasa
Macam biasa la, bila cukup tempoh setahun, aku akan renew roodtex. malah seperti biasa juga, aku hanya berhubung melalui whatapp je dengan pegawai bank, tanpa perlu naik kenderaan, cari parking, bayar parking atau langgar peraturan buruk nasib kene saman, apatah lagi untuk menunggu giliran yang pastinya lamalama di bank pun tidak.
Isnin, 16 Julai 2018
Macam Bola
Sempena musim bola, world cup ni. Aku pun rasa seperti bola. Bukan aku je, team aku di office ni. Bila kerajaan dah berubah, keadaan kerja pun slow. Jadi kerja pun lambat, mood haneymoon, bagus la. Sebab boleh fokus dengan Ramadhan & terawih.
Tapi bila, kerajaan baru di bentuk, jabatan di besarkan, wujud bahagian baru. Tapi di bahagian sendiri, mengecil. banyak pertukaran yang berpindah randah.
Sabtu, 14 Julai 2018
Khamis, 5 Julai 2018
Giant Flowers
Hari ni aku belajar buat bunga dari kertas A4, Alah x susah YouTube kan hadooo hahahaha. Jadi la 1 Tapi untuk hari ni. Percubaan pertama menjadi. Ya ampunnnn... mula2 tak percaya, Tapi bila da siap memang besoooo hahahahaha.
Selasa, 3 Julai 2018
Berkursus
Alhamdulillah perancangan nak ke Melaka tak jadi. Maka Di pejabat dapat pulak Hadir kursus yang tiba2 Pengarah suruh pergi. Banyak pengetahuan yang diperolehi, memang x sia- sia Hadir.
Selasa, 26 Jun 2018
Open House
Alhamdulillah semalam selesai buat jamuan @ open house. Puas hati bila kawan-kawan pun puas makan dan suka dengan masakan @ air tangan aku. Aku jamu kawan-kawan dengan nasi empet pandan, lodeh, daging deng deng, ayam deng deng, sup ayam + sambal kicap, ubi rebus + sambal hijau, dengan dissert lengkong pandan, kek batik hijau, jambu asam pedas, dengan 2 jenis air, teh panas dan sirap bandung. Jadi kesemuanya hidangan termasuk air ada berapa?
Jumaat, 22 Jun 2018
Try
hari ni seharian Aku merayap, Dari mydin Putrajaya, billion bangi, terus ke pasar Boeing di seri kembangan, kemudian ke giant berhampiran Alhamdulillah jumpa dan lebih murah dari mydin cuma design je berbeza, tapi tak apa yang penting dapat jugak
Selasa, 12 Jun 2018
Isnin, 11 Jun 2018
Ahad, 10 Jun 2018
Eliksir Keremajaan
Lagi keluaran baru dari safi Rania Gold. Baru nak cuba kerana tertarik dengan funginya untuk menghilangkan jeragat. malah kegunaannya boleh dicampur dengan produk yang lain. Yaaa... aku adalah pengguna SAFI RANIA GOLD, tengah tunggu offer je untuk jadi model. kah.. kah.. kah.... memang tak layak la kan, so abaikan hanya gurauan semata-mata.
Jumaat, 8 Jun 2018
Khamis, 7 Jun 2018
Aktiviti Ramadhan
Sedihnya bila ramadhan nak berakhir, lebih sedih lagi bila hari terahkir sebelum piriot aku tak dapat ke Masjid, kerana hadir ke sekolah anak. Majlis yang sama berbuka puasa, yasinan sebelum berbuka dan solat hajat untuk pelajar yang ambil UPSR dan diakhiri dengan solat terawih 8 rakaat dan witir 3 rakaat.
Rabu, 6 Jun 2018
Jumaat, 1 Jun 2018
Rabu, 30 Mei 2018
Renew Roadtex
Alhamdulillah, akhirnya selesai masalah yang membelenggu hidup aku beberapa tahun ni. Sekarang dah selamat untuk berjalan diatas jalan raya tanpa perlu khuatir dan bimbang kene saman atau sebagainya.
aku beli kereta,
Ahad, 27 Mei 2018
Khamis, 24 Mei 2018
Langsir Bilik Bujang
Siap juga langsir fabrik jarang untuk bilik anak bujang. Langsir ini nak cover bagi langsir fabrik tebal. Saje nak cantikkan bilik Asyraaf. Jadi kalau dari luar memang tak la nampak sekadar nampak samar-samar je.
Rabu, 23 Mei 2018
Drink Jar Sahara
Taadaaaa..... akhirnya aku dapat jugak memiliki sebuah Drink jar, yang diidamkan. Puas mencari, ada yang macam ni tapi bersaiz kecil, ada besar tapi tak ada warna hijau. Nak dijadikan cerita1 hari aku ke muar outting bersama anak, singgah la aku ke pasar raya. Perasaan tu macam jumpa pak we la weiii!! hahahahaaaaa. Lepas pastikan warnanya dan puas hati dengan saiznya, tanpa tunggu lain hari aku terus beli.
Isnin, 21 Mei 2018
Come Back
Sabtu, 19 Mei 2018
Resepi Mango Float ku Viral
perkongsian di FB Sirap Limau |
Aku memang suka memasak, Tapi Bukan bererti Aku tahu masak semua benda. Cuma Aku suka mencuba resepi baru, dapat la aku berkongsi resepi disini dan semenjak aku join group masakan, dapat la aku berkongsi resepi dan cedok resepi mereka yang mana aku berkenan. Alhamdulillah.
Isnin, 14 Mei 2018
Selasa, 8 Mei 2018
Ahad, 6 Mei 2018
Cendol Putrajaya
Ok kali ni nak share kalau2 teringin nak makan cendol, yang pasti ini hanya Penduduk yang berhampiran Putrajaya. Senang je pergi je ke food court Di Alamanda betul2 ada di sebelah Laman.
Sabtu, 5 Mei 2018
Cadar Katil Anak Bujang
Taaadaaaa.... itu dia semangatnya aku menjahit cadar untuk tilam bujang anak bertuah aku nan sorang tu. Alhamdulillah siap 1 hari je, ikut target yang aku
Khamis, 3 Mei 2018
Wallpaper Bilik Anak Bujang
Tu dua.... akhirnya dapat jugak wallpaper seperti yang aku inginkan dengan war na tema biru khas untuk bilik anak bujang. Memang payah, dah beberapa buah kedai aku pergi tapi tak jumpa yang berkenan, dan kebetulan semasa aku berkursus kelas jahitan kedai jual wallpaper bersebelahan kelas. Kebetulan juga, hari terakhir berkursus ada offer 3 roll RM 100. Mulanya nak tengok-tengok, nah!! ada pulak yang berkenan, apa lagi terus beli.
Rabu, 2 Mei 2018
Selasa, 1 Mei 2018
Work Out
Kalau nak tau aku la manusia yang memang tak suka nak bersenam atau aktiviti yang seangkatan denganya, tetapi jangan fikir aku tak aktif. Silap-silap lebih aktif dari orang yang suka bersenam. Hahahha... nak menang jugak.
Ahad, 29 April 2018
Dah Selesai
Alhamdulillah selesai 1 tugas yang dipertanggungjawabkan oleh aku, dan ini merupakan kali kedua aku in charge namun berbeza seperti tahun lepas kerana tahun ni diadakan di dua negeri untuk menjadi tuan rumah, dan 12 negeri dipecahkan kepada 2 zon. Ada kekuatan dan kelemahannya juga. Baiknya tidak la aku bersusah payah mencari tempat untuk program tersebut seperti tahun lepas, dengan itu aku dapatlah fokus membuat kad jemputan kepada para pesara.
Rabu, 25 April 2018
Kerja v/s Anak
Pada dasarnya kalau nak dicerita mengenai kerja, aku tak kisah buat apa pun. 1 pejabat ni, kalau boleh aku bantu aku akan bantu. Malah aku biasa menganti PA pengarah atau PA Timbalan Ketua Pengarah di Bahagian. In shaa Allah kalau tak busy, tak salah pun bantu orang. In shaa Allah juga Allah akan permudahkan urusan hidup aku nanti. Hanya yakin bahawa Janji Allah itu pasti.
Selasa, 17 April 2018
Setahun Yang Lalu
ni masa aku Dalam Flight, sebelah kosong seelah lagi dia hahahaha |
Ya Allah dah lama tak keudara, tiba-tiba nak cerita peristiwa setahun yang lepas, memang cerita yang agak basi dan mengarut. Tetapi bagi aku ianya perkara yang memberi seribu makna, kerana sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan sungguh menyiksakan.... Selepas setahun lebih berlalu 1 Syaaban ini baru lah terjawab persoalan.
Ahad, 11 Mac 2018
Kesan Fitnah
Kebelakangan ni office panas dengan gossip, ye la saya terlibat secara tak langsung bukan terlibat dalam cerita mereka. Terlibat kerana tahu jalan cerita. Daripada cerita yang umpama sejuk menjadi suam-suam kuku kemudian meletop macam orang main bunga api musim perayaan tu. Huh!!!! panas seketika. Daripada cerita atau bergossip la sedap sikit dengar, tapi bahasa kasar dan kakikatnya memang mengumpat hahahaha.... i terjebak beb, dan akhirnya jadi FITNAH la kononnya.
Khamis, 1 Mac 2018
Selasa, 20 Februari 2018
Mesin jahit & Mesin Jahit Tepi Brothers
Ahad, 18 Februari 2018
Ekor Lembu Masak Siam
BAHAN A (rebus)
1kg ekor lembu
1 sudu kecil garam
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
1 helai Daun kunyit bersaiz kecil
Air secukupnya untuk rebusan.
Rebus ekor lembu dengan bahan diatas 3/4 empuk
(Air rebusan jangan dibuang)
Khamis, 15 Februari 2018
Selasa, 13 Februari 2018
Mohd Chan Restoran
Kemarin punya cerita lepas balik kelas menjahit rasa penat sesangat, jadi rasa nak berehat daru duk dapur aka memasak. Jadi singgah la Mohd Chan, Memang da lama nak try makan di sini, so ini lah pertama kali makan disini. Alhamdulillah sampai juga.
Isnin, 12 Februari 2018
Ahad, 11 Februari 2018
Belajar Jahit
Alhamdulillah selesai sudah belajar jahitan selama 2 minggu, hujung minggu je hehe, Sabtu dan Ahad pada 3 & 4 dan 10 & 11 Februari. Dapat la jugak ilmu untuk kembali aktif untuk menjahit. Wah!!! gituw.. In Shaa Allah mudah-mudahan Allah izinkan minat ini berkembang, sekurang-kurangnya untuk baju sendiri.
Khamis, 8 Februari 2018
Peminat
iklan gigi dia yang besooo tu anak...anak... |
Hehehehe cerita pasal anak ni bila da besar memang macam-macam. Yang ini lagi la macam pelik. Almaklum la anak bujang da 12 tahun. Comel2 macam ibu dia kikikiiki. Apalagi penampilan ke sekolah kemas je dengan persiapan yang disediakan oleh ibu dia, baju sentiasa ber iron.
Rabu, 7 Februari 2018
Kek Batik Pandan Cheese
Bahan-bahan
10 biji telur
250 gm susu pekat manis@ 1/2 tin susu
200 gm tepung gandum
200 gm horlicks @ 1 Pek kecil
100 gm nestle nestum original
1/2 sudu kecil perisa pandan
1 1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 buku batter cup
1 bungkus biskut marie
250 gm susu pekat manis@ 1/2 tin susu
200 gm tepung gandum
200 gm horlicks @ 1 Pek kecil
100 gm nestle nestum original
1/2 sudu kecil perisa pandan
1 1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 buku batter cup
1 bungkus biskut marie
Jumaat, 2 Februari 2018
Surat Rayuan Kuarters
Assalamualaikum, eh!!! jarang-jarang saya post kat blog ni memberi salam. Tapi kali ni agak official sikit, gituww... Berkaitan dengan posting saya terdahulu juga terkejut dan tak sangka. Dah terlalu ramai yang komen ingin saya emailkan contoh surat rayuan. Maaf saya tak tahu kalau ada komen jika saya tak tengok ulasan di blog saya.
Khamis, 1 Februari 2018
Isnin, 29 Januari 2018
Rabu, 24 Januari 2018
Isnin, 22 Januari 2018
Ayam Bakar Cili Padi pedas Meletop Mek Da
Bahan-bahan :
2 Bahagian ayam (Saya pilih thigh)
Garam dan gula secukupnya
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap
1 sudu besar olive oil (minyak biasa pun boleh)
Bahan kisar @ tumbuk
1 btg serai
4 ulas bwg putih
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi (lebih kan jika nak tambah pedas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji kiub ayam
Caranya
campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula. Sapu pada keseluruhan ayam, saya bungkus guna aluminium foil dan perap semalaman dalam fridge. Kalau nak masak cepat 1 jam pun da ok.
Saya bakar guna pemanggang ajaib, Itu yang isi ayam tu lembab2 sikit dan berjus, jus ayam itu Saya buat pencicahnya.
Kalau nak bakar dalam oven pulak guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pd oven memasing. Tengok2 api, jangan kering sangat.
Langgan:
Catatan (Atom)