Alhamdulillah aku terpilih untuk stage seterusnya. Seperti yang aku kongsikan minggu lepas. Aku pun tak sangka. Apa yang dikatakan oleh penganjur dari TV3, seramai 100 lebih penyertaan dan 32 orang dapat ke stage seterusnya dan aku salah seorang daripadanya, sungguh aku memang tak sangka.
Ye, mungkin betul la penganjur kata, siapa yang berketrampilan, berkeyakinan, ramah, persembahan makanan yang memuaskan dan lupa lirik pun kene teruskan nyanyian jangan cakap "EH! LUPA LIRIK" macam terkena dengan aku, dan yeeee... aku memang terlupa seketika tapi aku terus menyanyi. Alhamdulillah, syukur.
Setakat ini penganjur memaklumkan, tarikh rakaman dari 17 hingga 21 September. Setiap rakaman ada 4 orang. Ada beberapa stage.
1st stage :Suai kenal dengan pengacara iaitu Jihan.
2nd stage: Aroma competition dengan masa 5 minit untuk masak disitu bersama 4 peserta. 4 orang dibahagi 2 kumpulan. Artis diberikan bau masakan 2 peserta, dengan mata ditutup. Siapa yang dipilih masakannya akan dipilih ke stage keterusnya.
3rd stage : 2 orang yang terpilih mewakili group masing2 akan berentap, masak selama 8 minit sambil menyanyi bersama artis yang akan dirakam dan disiarkan di TV3.
Jadinya sekarang ni, nak masak apa masih difikirkan, siapa artisnya masih tak tahu. jadi nak prepair lagu apa pun tak tau, tapi aku stanby lagu sarah je. Stage 1 aku da rasa nak masak mee bandung. asam Pedas. itu je setakat ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan