Kebelakangan ni office panas dengan gossip, ye la saya terlibat secara tak langsung bukan terlibat dalam cerita mereka. Terlibat kerana tahu jalan cerita. Daripada cerita yang umpama sejuk menjadi suam-suam kuku kemudian meletop macam orang main bunga api musim perayaan tu. Huh!!!! panas seketika. Daripada cerita atau bergossip la sedap sikit dengar, tapi bahasa kasar dan kakikatnya memang mengumpat hahahaha.... i terjebak beb, dan akhirnya jadi FITNAH la kononnya.
Apa yang aku ingin coretkan dan pengajaran yang diperolehi, kalau nak berkawan carilah yang sejantina, ye tak salah kalau berkawan lelaki dan perempuan, tetapi ia boleh menimbulkan fitnah, kalau sama-sama bujang tak menjadi masalah, mana tau jodoh kawin je la kan. Tetapi kalau masing-masing sudah berkahwin dan sudah bekeluarga, nampak tak manis, terutamanya bila bergurau tak bertempat, ambil berat berlebihan, itu tidak tahu kalau ada keluar berdua-duaan dan tidak diketahui pasangan masing-masing.
Bahayanya, jika berkawan berlawanan jantina ni, bila sudah terlalu rapat, apabila dah suka atau lain-lain yang kita sendiri pun tak tahu, makanya tidak mustahil terbuka cerita dalam selimut, dalam kain dalam kelambu tidak mustahil boleh terkeluar, kalau tak banyak sikit, kalau tak sikit???? OK nak tekankan aku tidak tuduh sesiapa tetapi ini adalah dari bacaan dari kisah rumah tangga yang berantakan. Kes-kes macam ni, memang bermula dari kawan biasa sehingga la jadi skandel. Sekali lagi aku tekankan aku tidak tahu dan tidak menuduh sesiapa yang aku kenal tetapi ini adalah pengalaman hidup orang lain yang mengalami masalah rumah tangga sehingga berlaku penceraian.
Jadinya, bila pasangan dah mula rasa tak selesa, dah mula rasa sangsi, waima apa pun yang pasangan rasa, wajarlah bertindak mengasingkan diri dari wujudnya fitnah. Yeeee..... salah kita ni bercakap tanpa bukti dan saksi, tetapi sikap mereka YANG MENIMBULKAN FITNAH. Kemudian salahkan orang, menuduh orang, salah siapa???? Puncanya dari siapa???? Kalau orang itu suami dia menanggung dosanya sendiri dan isteri tak dapat pun saham dosa yang dilakukan. Tetapi jika seorang isteri, dia berbuat dosa suami yang tanggung, kalau tak tahu jaga maruah sendiri sekali pun fikir la maruah pasangan, dan keluarga kedua belah pihak. Jika tidak betul tak mengapa tetapi jika betul bukan ke berganda-ganda malunya.
Kesimpulanya, apa yang berlaku dalam hidup kita, banyaknya berpunca dari kita. Teguran Allah tu memang melalui kita juga sesama manusia. Apa jua yang berlalu harus fikir sejenak, tanya diri sendiri, apa yang telah kita buat, pada diri sendiri, pada pasangan, pada anak-anak atau ibu bapa? juga pada orang lain atau kehidupan orang lain. Jika masih menyalahkan orang lain, masih mencari salahnya punca dari orang lain, bererti kita masih jauh dari jalan Allah rahmat Allah, tidak redha dengan ketentuan Allah dan tak kan nak kata ini semua salah Allah. Nauzzubillah....
Ini yang nak saya kongsikan bahawa saya juga sebenarnya pernah di FITNAH. Kisanya sudah berlalu lama, ye memang saya berkawan dengan lelaki yang bernama Rizal dan dia adalah my ex boyfriend sebelum berjumpa dengan abah Asyraaf. Dia mendapatkan rawatan di hospital, saya menemani dia ke klinik Kulit kerana saya bekerja di hospital ketika itu. Tiba2, saya terdengar cerita, saya adalah penyebab Rizal dapat penyakit kelamin. CC yang tinggal serumah dengan saya yang memaklumkan, dengan lantang saya menjawab, "kalau la saya pembawa, sepatutnya saya yang ke hospital terlebih dahulu untuk dapatkan rawatan." Allahu Akhbar, aku jumpa dia sebulan sekali pun payah, tersentuh sikit pun dia dah mintak maaf, baiknya BAGAI MALAIKAT. Tapi belakang aku, lain cerita. Bila dia tahu saya nak putuskan hubungan, dia tujukan lagu AKU MAHU PULANG dari kumpulan Amok. Drama sangat kan.
Tapi kesan dari fitnah itu, walaupun saya tidak melakukan, malunya rasa nak berhenti kerja, malu nak berhadapan dengan rakan sekerja dan semua orang. Malu, sangat melalukan. Tetapi hikmahnya, tidak berapa lama saya mendapat kerja tetap Alhamdulillah. Apabila sudaj bekerjaya, saham tinggi la kan. hahahha. Malah jumpa abah Asyraaf pun di Hospital yang sama. Haaaa..... gituwwwww... panjangnya cerita. Siapa yang baca sampai habis boleh email kat saya di ayu_152@yahoo.com saya belanja RM10 hanya 3 terawal sahaja hahahahhaha. Sekian Wassalam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan