Isnin, 27 Ogos 2018

Mee Bandung Muo



Bahan-bahan :

1. 4 biji bawang besar 
2. 5 ulas bawang putih 
3. 3 sudu besar lada kisar 
4. 50gm udang kering 
5. 50gm udang geragau
6.  100gm Daging (direbus dan air rebusan jangan dibuang)
7. 2 sudu besar Kacang tanah (kisar)
8. 4 sudu sos tomato  
9. 1 sudu sos tiram 
10. Udang segar (ikut suka lagi banyak akan memaniskan kuah)
11. 3 @ 4 biji telur 
12. Sayur sawi (ikut suka nak banyak mana)
13. 1 bungkus  mee kuning 450gm 
14. Minyak untuk menumis

Caranya :

Rebus daging dulu. Kisar bawang besar dan bawang putih. Kemudian kisar udang kering dan udang geragau, jangan  campur dengan bawang kisar tadi. Seterusnya tumiskan bawang yang telah dikisar, setelah naik bau masukkan ladar kisar.(lada tak perlu banyak sangat kerana mee bandung kena manis bukan pedas) 

Masukkan pula sos tomato dan sos tiram kacau lagi masukkan pula udang kisar dan kacang kisar. Tambahkan perasa garam dan gula, kacau biar  sebati semua bahan kemudian masukkan air rebusan daging,  tambah air jika perlu. Bila kuah mendidih kecil kan api masukkan telur masukkan sawi, kuah agak2 jangan terlalu cair @ pekat.
P/s : daging, udang dan telur boleh letak lebih jika suka


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA