Ahad, 24 September 2017

HS Farm Stay Water Park

OK kali ni nak share tempat yang tak kurang menariknya berdekatan dengan kampung saya dalam Daerah Tangkak. Tempat ini merupakan 4 in 1 iaitu water park, mini zoo, accommodation & fishing pond.

Disini juga merupakan tempat pertama yang saya pergi mempunyai baby pool, dan bukan itu sahaja untuk kanak-kanak, dewasa juga ada malah tempat  berbumbung disediakan.







Haaaa tua dia, siap gambar sebagai buktinya. Kan kan kan jangan tak percaya OK. Hakak cakap betul betul punya hehehe.


Ada lagi na haaa.... pool ini saje lah yang lebih menarik untuk kanak-kanak khususnya, tapi orang tua bangka pun tak kurang jugak sama naik macam kanak-kanak riang kikikiki.....  


OK tempat ini dibuka dari jam 9.00 am hingga 7.30 pm. Harganya tak pasti sebab masuk bertiga tapi caj dikenakan RM35 anak beranak warga Emas tiada bayaran. Rasanya Dewasa RM20 kanak-kanak RM15 saya agak22 je la, macam nujum pak belalang.... haaaa gituwww....


Aktiviti riadah seperti berbasikal dan menunggang kuda juga ada tetapi tidak termasuk bayaran masuk... bererti bayaran lain la ye haahhhhh gituww.... tapi bujang senang saya naik kuda je, setakat basikal kat rumah sudahhhh.....


Tempat yang masih baru mewujudkan suasana selesa, malah terdapat banyak juga kerusi dan meja disediakan, untuk santai2 terutamanya bagi warga emas yang memerhati anak cucunya sedang mandi manda. 

disini terdapat jugak tempat makan, sekadar makanan ringan


Tempat ini juga sesuai untuk buat acara seperti family day, dinner dan sebagainya BBQ juga disediakan, buffet dinner juga ada tau, tempat makan disediakan malah agak unit dengan rekaan meja dan kerusi dari batang pokok yang unik. 


haaa nampak, lain kali pokok tumbang jangan di bakar batangnya, buat macam ni, boleh buat tempat duduk kalau meja tu mesti la besar boleh baring sekali atas tu, jangan tidur sampai ngigau pulak, kang tegolek kebawah padan muka kikikiii.

disini untuk buffat area terdapat jugak pentas kecil untuk karaoke haaa gituwww...



tiba2 aku tergelak tengok pic ni, mak aku yang kurus kering nampak macam ngandung 9 bulan da kenapa tak tun tuang tak tun tuang.... ni angin punya pasal.
tak tau la haiwan ni nama apa, ini je rupanya yang saya ambik ajeee tak senonoh ek

 Zoo mini  saya tak dapat ambil gambar pulak sebab ambik video tapi tak boleh pulak nak uplode. Terdapat jugak barang antik disini, da macam muzium mini le pulak kan.




Seterusnya kita tengok tempat memancing pulak, bagi mereka yang suka memancing tempat ini sangat sesuai, anak isteri pergi mandi, si suami memancing disini, so tidak la menimbulkan rasa keboringan bagi mereka yang tidak langsung meminati pancing memancing seperti saya....


Selebihnya kita tengok pula, kemudahan-kemudahan yang lainya. OK pic dibawah ini merupakan tempat tukar baju merangkap toilet sekali, memang agak selesa, ianya berhampiran dengan pool yang saya ceritakan diatas. Loker juga disediakan, tapi ini sahaja yang rasa tidak berpuas hati kerana keadaanya tidak terurus sedikit.




Tempat untuk rendaman kaki juga disediakan. So saya pun ambik kesempatan untuk memburuh kasarkan ikan untuk makan kulit mati di kaki tu haa kikikiki... Seronok jugak geli geliman i dibuatnya kikikii.




OK ini agak menarik juga untuk dikongsikan, iaitu bilik penginapan yang agak unik jugak, yang dikelilingi dengan semua yang ada diatas. Nampak suasananya yang cukup priversi. Nak hanymoon disini pun boleh. Tapi bukan saya la hehehehe





Ok da habis kalau berminat boleh la ikut meps tu, ya ampun saya nak pergi pun sesat beb bhahahaha. Lokasinya di Parit Pajar, Kesang, bukan Kesang Tasek, tapi Senang Laut, di Parit karang Laut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA