Rabu, 30 Mei 2018

Renew Roadtex


Alhamdulillah, akhirnya selesai masalah yang membelenggu hidup aku beberapa tahun ni. Sekarang dah selamat untuk berjalan diatas jalan raya tanpa perlu khuatir dan bimbang kene saman atau sebagainya.

aku beli kereta,

Kisahnya, sejak  motor ni berpindah ke Putrajaya mula meragam, masalahnya tak boleh nak start, hadap jugak la. Tetapi selepas aku beli kereta. motor ni semakin bermasalah, dan menyebabkan dia tersadai je ditempat letak motor di kuarter.

Selepas bertahun tak bergerak, anak buah pulak nak pinjam, dah aku kabo kan motor tak hidup. Dia nak jugak baiki, so OK lah. Aku cuma keluar kos untuk pos kan motor. Selebihnya tanggung la kosnya sendiri. Alhamdulillah sekarang boleh digunakan seperti biasa walaupun roadtex mati dah bertahun.

Bila dah selalu digunakan anak buah mendesak nak hidupkan roadtex pulak, tension lagi. Adoi!! dan atas desakan anak buah aku yang membawa motor ini, buat aku tergerak hati untuk berhubung dengan staff JPJ yang aku kenal masa program jabatan semasa kembara tahun lalu.

Atas maklumat yang dia beri, untuk renew roadtex motor yang dah lama tak renew, sekarang ada promosi, tak perlu bawak kenderaan ke JPJ atau puspakom, hanya hidupkan insuran dan boleh renew roadtex motor seperti biasa.

Nah!! sekarang selesai lagi urusan aku, mahal jugak insuran dia RM200++ walhal hidupkan readtex RM2 je. Tak apa la, itu la gunakanya ada simpanan. Bukan untuk kaya, tapi masa kecemasan la dapat membantu.

Ini lah kenderaan pertama aku sebelum beli kereta. Geran motor pun dan berubah wajah. Dari sebesar kertas A4, sekarang separuh je, malah lebih cantik la designnya dengan pelabagai warna seperti lesen kita tu. haaaa..... itu le ceritanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA