Ahad, 11 Februari 2018

Belajar Jahit


Alhamdulillah selesai sudah belajar jahitan selama 2 minggu, hujung minggu je hehe, Sabtu dan Ahad pada 3 & 4  dan 10 & 11 Februari. Dapat  la jugak ilmu untuk kembali aktif untuk menjahit. Wah!!! gituw.. In Shaa Allah mudah-mudahan Allah izinkan minat ini berkembang, sekurang-kurangnya untuk baju sendiri. 
Yaaaa.... sekarang maklumat dihujung jari je. Saya search je kelas belajar menjahit yang berdekatan dengan Putrajaya, ada yang dah pencen dan balik kampung, ada yang dibuat pada hari bekerja saje, ada yang belajar hanya untuk 1 baju sahaja. Macam-macam la. Akhirnya jumpa la cikda Sewing school di FB.




Memang teruja nak belajar jahit, saya masuk kelas yang berbeza, ada offer untuk kedua-dua kelas ni. Kalau berasingan harganya lagi mahal. Oh ye saya masuk kelas berbayar sebenarnya, untuk kedua-dua sesi ini berharga RM600. Belajar apa? untuk minggu pertama saya masuk kelas Zero basic. Seperti maklumat  yang tersenarai diatas ni. Baca je la apa yang tertulis tu,  apa yang berlaku sepanjang 2 hari belajar, malas nak menaip.


curi gambar dari FB tu la hehehe


Ini adalah posting dari FB haaa boleh la tengok saya sedang belajar hahahaha. Terserlah la badan saya yang gendang gendut tapi kecapi, saya memang sentiasa senang hati hahaha.  jadi pada 3hb saya belajar buat pola dan palazo. oomak aiiii... bosaaa eh!!! seluar kikikiki da nama pun palazo kan, boleh masuk kaki Asyraaf sekali la hai...




Siap sudah dah boleh pakai, sekali pakai cawatnya singkat sangat pulak, tak selesa. So untuk next time boleh labuhkan cawatnya lagi. Yang ini dah boleh buat seluar tidur la ni. Senang angin masuk kwang kwang kwang.  Cikgu da pesan siap2 untuk bawak seluar yang rosak ke jubah ke untuk keesokan punya aktiviti. 

So untuk 4hb belajar la alteration baju. Saya bawak baju yang beli tak pernah pakai sebab terbesar. Dapat la kecilkan baju dan kainnnya. Tukar zip seluar yang rosak. Seluar asyraf la yang banyak saya bawak, koyang di kelengkang, sama macam bapak dia. pakai seluar koyak tang situ je tak sudah-sudah. Susah tau kalau koyak-koyak macam tu sebab mesin jahit tak ada. Kalau macam baju sendiri macam baju kurung ke kalau jahitan silang pangkah terbukak boleh la jahit guna tangan  je, haaa gituww.



Manakala untuk minggu kedua pulak pada 10hb saya belajar buat pola untuk 4 fesyen baju, kurung moden, doll, jubah dan peplum, dapat la juga buat pola untuk 3 jenis kain kain A, duyung, susun belakang dan lipat batik. Naik pening kepala dibuatnya hahahaha serius memang pening kepala.



Sambung pada 11hb menjahit sepasang baju iaitu kurung moden dan kain pilihan masing-masing. Saya pilih kain lipat depan lipat batik. Siap untuk sehari tu. Cumanya, sebelum ni aku pernah masuk kursus jahitan. jahitan dibahagian leher lebih kemas berbanding disini. malah pengajaranya agak laju, tak terkejar dibuatnya. Tapi itu tak ada masalah sebab serba sedikit dah ada ilmu.

Dalam-ramai-ramai di kelas tu saya la yang paling riuh. banyak ketawa. Ada je lawak cerdik yang sengaja dibuat. Biasa la menceriakan suasana. OK Peringkat seterusnya adalah membeli mesin jahit. hahahaha enah bila tahun pun tak tahu. In Shaa Allah sikit hari lagi. Mudah-mudahan Allah berkati.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA