Khamis, 8 Februari 2018

Peminat

iklan gigi dia yang besooo tu anak...anak...

Hehehehe cerita pasal anak ni bila da besar memang macam-macam. Yang ini lagi la macam pelik. Almaklum la anak bujang da 12 tahun. Comel2 macam ibu dia kikikiiki. Apalagi penampilan ke sekolah kemas je dengan persiapan yang disediakan oleh ibu dia, baju sentiasa ber iron. 




Al-kisahnya, dia duk cerita yang ada kawan perempuan suka kat dia, kawan kepada kawan perempuan tu guna orang tengah untuk bagi tahu si bujang sorang ni. Allahu Akhbar. Lagi lucu siap tunggu keputusan Asyraaf. Keputusan apa periksa pun belum kikikikiki...

Macam-macam  budak sekarang ni da pandai nak couple2 pulak. Adoi!!! nasib baik Asyraaf ni tak pandai nak fefiling2  lagi. Semalam pun cerita yang sama jugak, budak kelas tuisyen pulak suka kat dia. Kebetulan Asyraaf ni kelas ganti dari weekend ke weekday sebab ibu dia ke kelas jugak.

Selasa kemarin kemain nangis lagi sebab kelas semua perempuan tak de lelaki tak de kawan. Hahahaha... Ini balik2 cakap ada orang suka kat dia. Aku pening, patut cerita la seronok belajar dan sebagainya.

Kemain lagi, kecik-kecik da ada peminat, lom lagi beso tu. Adoiiii. Harap2 dia ni x de le perasaan nak suka-suka kat anak dara orang. Pening kepala walaupun anak bujang. Rosak lelaki kerana perempuan. Rosak perempuan jga kerana lelaki eh!!! gituw.... fikir yang baik-baik, doakan yang baik-baik. In shaa Allah semuanya baik-baik.

Lepas ni aku nak ajar tips jawab pulak. Haa gituw.... suka-suka nak anak bujang orang kan. hahahha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA