Khamis, 15 Februari 2018

Alhamdulillah


Dulu saat bergelar remaja, seusia belasan tahun, aku tertanya-tanya bagaimana rupanya aku saat usia 30-an. Tak dapat aku bayangkan seandainya diusia itu aku adalah manusia yang membesar bagai johan aka gemuk daaa... memang... memang rasa seram jugak masa tu.



Memadai menyayangi dan disayangi oleh buah hari aku yang sorang ni..

Alhamdulillah, pada tanggal ini genap usia 37 tahun, bukan lagi 30-an tetapi nak masuk 40-an, da agak banyak juga usia ni, dalam usia sekarang rasa bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik tanpa sebarang penyakit yang berbahaya atau bergantung kepada ubat-ubatan dan ini la yang lebih berharga dari segalanya, yang Allah bagi pada aku yang besar rasa syukur atas nikmatnya.


menjamu selera di secret recipe

Ya, nikmat masih boleh menikmati makanan yang sedap, boleh berpakaian cantik dan menarik, masih boleh bergerak bebas tanpa batas, walau hakikatnya aku yang membataskan diri sendiri, masih boleh lakukan aktiviti kegemaran dan yang penting sekali mampu ke Masjid biarpun tanpa pasangan dan ini tetap menjadi aktiviti mingguan, dengan IzinNya jua, jika tiada sebarang tuntutan kerja untuk aku lakukan di pejabat. Alhamdulillah menumpang IMAM yang benar lagi sohih. Lebih baik daripada tiada, ada juga waktu berjemaah walaupun seminggu sekali.

Walaupun masih sendiri dan tiada pasangan namun untuk berusaha pun rasanya sudah berakhir, tetap ucap syukur alhamdulillah Allah memberikan rezeki dan  kehidupan yang semakin stabil, biarpun tiada mahu untuk menumpang sandar, tiada sebarang nafkah yang diterima, namun tetapi syukur, Allah permudahkan rezeki. Mudah sahaja tipsnya hanya sentiasa beringat saat senang, dan jangan dilupa saat susah. Yang penting jangan menyusahkan orang lain. Tapi jika rasa gembira  tak salah kalau di kongsikan bersama.

macadamia white chocolate my favorite cakes only in secret recepi yum... yum... yumm

Kerja seperti biasa, ada masa busy ada masa lapang, adakala suka adakala sakit hati, ini bukan kerana masalah keja tetapi lumrah kehidupan, yang penting redha je la, dah memang bahagiannya begitu. Hidup ini seperti roda, kalau ketawa jangan berlebihan takut menangis, tetapi kalau menangis bukan setiap masa ada masa kita senyum, dan apabila senyum biar sentiasa kerana ia adalah sedekah.


Syukur jugak, anak kesayangan dah ada disisi, dapat aku menjaga makan pakai dan pelajaran malah kembali berteman dan banyak aktiviti bersama. Walaupun agak penat dengan aktiviti seharian tetapi hati cukup senang. 

Rancangan??? Dek kerana usia yang semakin meningkat, aku tidak berhajat untuk bekerja beria-ria. Hati ni lebih inginkan dan mengingati amalan, amalan-amalan sunat, bukan sekadar yang wajib. Sebagai persiapan kerana mati tidak mengenal usia, waima sihat pun bukan bererti hidup lebih lama. 

Niat tu memang ingin sentiasa dhuha dan tahajjud sebenarnya, tetapi memang sukar untuk konsistern. Tetapi pesan ustazah, tak apa tak konsistern kerana dia juga begitu, yang penting ada masa nak buat teruskan sahaja. Begitu juga puasa yang telah lama aku lakukan sejak dulu lagi. Tetapi manusia pendosa seperti aku mana cukup dengan berpuasa. walaupun aku nyanyi, walaupun berpakaian seksi, mudah-mudahan Allah berikan aku hidayah sepenuhnya untuk terus berubah ke jalannya yang lebih baik. Aku sentiasa bersedia andai itu takdirnya.

Ya inilah sahaja keinginan aku, sikit-sikit aku lupakan duniawi yang gembiranya hanya sementara. Tetapi tak bererti aku terus melupakannya, asalkan tidak berlebihan dan andai ada keinginan dan berkemampuan buat sahaja asalkan bukan sesuatu yang salah, yang pasti aku tetap dengan minat aku yang dulunya terkubur.

Aku tetap mendidik hati sentiasa positif, kerana positif menghasilkan pemikiran yang baik-baik sahaja. Fikirkan diri dan perbaiki diri itu keutamaan. Rezeki Allah dah aturkan. Walaupun hina dipandangan segelintir manusia tetapi Allah lebih tahu HATI hambanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA