Alhamdulillah perancangan nak ke Melaka tak jadi. Maka Di pejabat dapat pulak Hadir kursus yang tiba2 Pengarah suruh pergi. Banyak pengetahuan yang diperolehi, memang x sia- sia Hadir.
Tak sangka dengan menunaikan solat fardhu yang memang wajib dilakukan sebagai hamba Allah SWT, kita masih boleh dapat pahala jika melakukannya dengan tertib. Maka dikursus inilah telah dedahkah bagaimana caranya.
Kursus ini siap praktikal, Alhamdulillah saya x de masalah, apa yang diajar serupa dengan buku panduan solat, untuk pergerakkan. Selain itu pernafasandan beberapa lagi. Menjaga solat awal waktu, solat sunat tahajjut banyak kebaikkannya. Alhamdulillah, telah pun di praktikkan, cuma tak konsistern je.
Siapa sangka solat yang tertib umpama membuat senaman regangan malah kita tak perlu beriya2 untuk senaman yang lain. Betapa indahnya Islam tu, betapa banyaknya hikmah yang Allah buat untuk hambanya, setiap perintahnya ada hikmah yang tersembunyi. Hanya manusia yang beriman dan berfikir sahaja yang mampu terima setiap apa yang Allah tentukan untuk diri kita, sama ada suka mahupun duka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan