Ahad, 18 Januari 2015

Philips Induction Cooker


Terpaksa rela, ini la akibatnya berlaku sesuatu yang tak dijangka. Kalau tak beli dapur ni dapat beli hand beg dengan kasut huk...huk... sedih!!!!! apa kan daya makan lebih penting dari eksesosi. Tapi makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan, kenapa???? 

Dah sebulan lebih GAS Malaysia mengalami masalah aka dapur masak aku tak boleh digunakan kerana guna dapur NGV. Siapa sangka benda ni boleh berlaku, berlaku pulak makan masa yang lama, kalau api atau air tak de sekejap je, tapi GAS ni lama pulak, memang tak sangka. 

Kurang berpengalaman menggunakan dapur elektrik ni, on suiz tiba2 keluar api marak, menyambar bekas disebelah, terbakar!!!!!!!dapur-dapur sekali terbakar,  Allah huakbar, barang baru beli, mahal pulak tu tiba-tiba aku terjaga!!!! Ya Allah!!! mimpi rupanya..... Nasib baik mimpi, ini lah bila terlalu memikirkan sesuatu sampai termimpi-mimpi.



Mula-mula nak beli ALBA tapi sales gril cakap ini lagi bagus, ada 2 tahun, dah jenama PHILIPS ni baru sampai stock, memang banyak. Bestnya free gift  stainless pot. Dah bayar, tengok harga sebelum offer, mak ai!!!!! RM 2++. Kalau tak de masalah memang tak akan aku mimpi untuk beli daput ni, bila masalah timbul baru la cari altenatif lain.

Makanya kene le merancang penggunaannya, elekterik kan!!!.... Masih dalam sesi pembelajaran, oleh kerana tak ada tungku, maka, perlu berhati-hati, kalau tersangkut kat lengan baju pun, mudah jatuh, nak mengacau pun perlu di pegang tangkai periuk, betapa pentingnya keselamatan dalam penggunaan dapur ni. 

Kawan aku pelik, kata GAS tak boleh guna tapi post kat FB, asyik...asyik... asyik... masakan sahaja.... tak tahu yang aku memasak dalam rice cooker. Hebat tak hebat la... tak sanggup aku nak makan luar selalu, makan luar seminggu boleh cover belanja dapur sebulan. Tak jimat namanya tu. Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih, memasak dirumah 1000 X lebih baik makan di luar, aku boleh jamin bersih sebab aku ni cerewet, masak apa yang kita nak makan, yang lebih penting masak dengan kasih sayang untuk orang yang disayangi. Rugi bagi perempuan yang tak mahu memasak kerana ganjarannya besar. So pilih la Philips Induction Cooker, ceh!!!!! tiba-tiba.

15 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKUM...

    Haiii..

    nak tnya macam mana nk set time minitnya..

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. di permukaan dapur tu kan ada nama2 jenis apa yang kita nak masak, goreng ke rebus ke dll jadi suhunya hanya + untuk lebih panas atau - untuk kurang panas.... cuma untuk dapur elektrik ni jangan panas2 sangat terutamanya menggoreng nanti cepat hangus dan makanan tak masak.

      Padam
  2. Nk tnye. Kalau nak panaskan makanan guna mode ape ya. Contoh nk panaskan kuah spagethi utk buat jualan di booth. Nk bwk induction ni.tq

    BalasPadam
  3. Nk tnye. Kalau nak panaskan makanan guna mode ape ya. Contoh nk panaskan kuah spagethi utk buat jualan di booth. Nk bwk induction ni.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. just follow the instructions. Set the time and select the type of cuisine

      Padam
  4. Nk masak nasi gune dapur eleltrik mne ekk.. Ad yg blh jelas kn x...

    BalasPadam
  5. macamana nak dapatkan kuali yg sesuai dengan dapur, dah puas cari tapi tak jumpa

    BalasPadam
  6. kualinya yang serupa periuk yang dalam gambar tu, bontotnya rata jadi bila masak terletak dan tak la berlari, dan nipis sikit berbanding periuk atau kuali biasa.

    BalasPadam
  7. dapur philips ni boleh pkai periuk jenis apa jad

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum... Mcm mn nk set nk masak sup... Sy on , tekan warna, set 30 minit... 1 minit kemudian dye berenti... Boleh tlg ajar sis

    BalasPadam
  9. Now, Lestov, one of the leading manufacturers of these induction wok cookers, understands the suffering and pain chefs often go through when preparing fine cuisines. That’s why it promises to continue improving its products for efficiency, safety, perfect texture, and impeccable flavor. commercial wok range

    BalasPadam
  10. Boleh diguanakan bersama periuk lain x?? Atau hanya dengan periuk yang dibekalkan

    BalasPadam

SESEDAP RASA