Rabu, 25 April 2018

Kerja v/s Anak

Pada dasarnya kalau nak dicerita mengenai kerja, aku tak kisah buat apa pun. 1 pejabat ni, kalau boleh aku bantu aku akan bantu. Malah aku biasa menganti PA pengarah atau PA Timbalan Ketua Pengarah di Bahagian. In shaa Allah kalau tak busy, tak salah pun bantu orang. In shaa Allah juga Allah akan permudahkan urusan hidup aku nanti. Hanya yakin bahawa Janji Allah itu pasti. 

Tetapi yang jadi masalah pada aku sekarang ni bila kerja melibatkan out station, maklum la sekarang Asyraaf dah kembali kepangkuan aku. jadi bila kerja luar kawasan ni memang jadi sedikit masalah pada aku. Anak memang tiada penjaga dan tiada yang uruskan dia. Memang la da besar tapi, masih perlukan pengawasan orang dewasa. 

Kerisauan aku jadi nyata bila, kene bertugas ke Penang, dan aku adalah person In Charge program ini. Memang pening la bila program yang sepatutnya buat sekali seperti tahun-tahun yang lalu. Tapi tahun ini buat 2 kali. iaitu dipecahkan kepada 2 zon, mujur la 2 zon, kalau zon utara, selatan dan sebagainya mati aku dibuatnya, tarikh pulak dipilih pada hari bekerja Isnin. Masa di Paroi Negeri Sembilan aku bawak la anak masa raptai, Isnin lepas hantar anak ke sekolah sempat singgah office dan ke Program. Memang sampai pun tepat pada waktunya cantik2 je.

Tapi di Penang dah ada yang bersuara tak dapat datang, al-maklum la program jabatan boleh tahan banyak bertindih-tindih. jadi suka atau tidak aku memang kene pergi. Penat tau kerja kat office nak hadap, kita bukan gred besar, tapi kerja not bed, kadang kala over dari pegawai hahaha... itu la jabatan aku.

Serius dengan kerja yang semuanya nak buat, nak cepat dengan bos yang asyik banyak soal, aku fokus dengan kerja banyak bende yang perlu di sattle sampai tak sempat nak fikir anak siapa nak jaga. Try call atok dia, Allahu akhbar tak sihat pulak. Memang tamparan hebat betul. Sebab seperti dulu-dulu aku hanya mengharapkan emak je untuk menjaga Asyraaf.

Kerja tak susah-sudah dengan hati berganti hari, sudahnya Aku suruh Asyraaf call Abah dia kalau2 boleh jaga, atau ambil cuti sehati untuk jaga anak dia. Ya Allah seribu syukur, abah dia sanggup nak jaga, kebetulan Abah dia baru berhenti kerja. So ini la 1st dia dapat tidur kat rumah aku.

Yang buat aku terkejut, kata nak sampai dalam 10 pagi, tub-tub tiba depan rumah sebelum subuh, 4 lebih. Ya Ampun!!! Mujur la aku bawak officemate tidur sekali kat rumah aku. Sekurang-kurangnya ada saksi hahahaha... Bukan apa takut orang salah faham.

Seusai subuh aku terus buat sarapan dan lunch sekali. Baru la bersiap untuk ke Pulau Pinang. Dapat la aku bekerja dengan senang hati. Malah Asyraaf pun dapat ke sekolah seperti biasa. Member suruh cutikan anak untuk sehari tu je. Tapi aku jenis tak suka cuti-cuti kan anak sesuka hati. Walaupun aku demam tak larat macam mana pun, selagi mampu bangun dan bergewrak anak yang sihat tetap akan ke sekolah. Kalau aku sendiri pun tak memonteng kerja anak lagi la tak boleh.

Alhamdulillah Allah permudahkan tugas kali ini. Namun untuk masa akan datang aku dah merancang untuk betukar kerana orang tak faham masalah kita. Jadi untuk tidak menyusahkan orang lain aku kene angkat kaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA