Ahad, 30 September 2018

Sotong Stim Mek Daa



Bahannya :

5 ekor Sotong sederhana besar 
2 ulas bawang putih dicincang halus
3 tangkai cili merah dicincang halus 
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air limau 
2 inci halia dipotong2
2 sudu sos tiram
Air secukupnya
Lobak merah, baby tomato & daun saderi sebagai tambahan dan hiasan 


Caranya : 

Panaskan pengukus. Selepas itu bersihkan Sotong, dan potong jangan sampai terputus. Lumurkan sotong dengan sos tiram dan masukkan ke dalam bekas bersama halia (untuk elak kan hanyir dan menambat rasa pada Sotong). 

Kemudian masukkan didalam pengukus yang telah panas. Dalam 10 minit atau sehingga sotong cukup masak. (Jangan lama sangat nanti sotong kecut).


Sementara menunggu Sotong cukup masak, sediakan sosnya. Masukkan bawang putih, cili, sos ikan, air limau dan air masak secukupnya ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Rasakan dengan gula, tak perlu tambah garam kerana  sos ikan sudah cukup masin. Pastikan sos ini dirasa dulu, cukup rasa pedas, masam, manis & masin, jika mau tambah masinnya tambahkan sahaja sos ikan. 


Setelah siap Sotong di kukus. Masukkan ke bekas yang lain, ambil sotongnya sahaja. Curahkan sos tadi hiaskan dengan lobak merah, tomato dan daun saderi. Siap dan boleh dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA