Sabtu, 22 November 2014

Hooks Sticker Room Decor


Ini pulak sebahagian dari hiasan rumah 2 in 1, hiasan dan penyangkuk. Seperti biasa berbentuk sticker, tampal sahaja, Siap!!!!! Tak perlu menebuk lubang dan tidak  merosakkan permukaan dinding. 

Sebelum aku membeli dan mendapatkan ini, ada sedikit perasaan sedih yang tersimpan dalam hati. Memang berkenan tapi macam kurang pentingnya. Tapi bila tak beli, perasaannya sentiasa fikirkan benda yang satu ni, so  setelah berfikir kepentingan hooks untuk sangkut kunci rumah dan kereta maka ia jadi satu keperluan.

Kebiasaannya aku membeli hiasan berbentuk sticker di Mr. DIY, so bila ke sana dan nak beli!!! tak ada, puas aku mengembur kawasan hiasan berbentuk sticker, memang tak ada, beberapa kali pergi pun tak ada, sebab tu rasa terkilan sangat, itu la masa ada tak nak beli, dah tak ada baru tercari-cari, sedih betul. 



                                        

Rupa-rupanya bukan di Mr. DIY tapi di Japanese Home Centre alamak berbunga rasa hati, akhirnya dapat jugak..... Kan!!!!!! Banyak lagi sebenarnya, tapi cukup aku ambil satu dengan 2 hooks sesuai sangat untuk kunci rumah dan kereta memang tak boleh lebih, dah nama pun sticker, aje runtuh bende alah itu nanti kalau banyak hooks.

So ini la baru dapat menampal. Eemm... Seronok. Semuanya kerana salah tempat, nak kata banyak tempat pergi tak pulak, tapi boleh pulak tersalah tempat huhu tanda-tanda penuaan, tapi tak pe yang penting aku dah dapat pun, da bersenang lenang hari ni ha......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA