Selasa, 11 November 2014

Air Detox





Bahannya :

1. 1 biji lemon
2. 1 biji limau nipis
3. 1 biji limau sunquick
4. 2 biji buah kiwi
5. 7 biji buah strawbery
5.  3 tangkai serai
6.  3 potong kulit kayu man is
7.  1/2 mangkuk kecil madu
8.  1 mangkuk besar ais
9.  3 pucuk daun pudina
10. 500ml air




Caranya :

Mudah sahaja selepas semua buah-buahan siap di basuh buah kiwi dikupas kulitnya, kemudian dipotong termasuk semua buah dan serai, kemudian kesemua bahan di susuh ke dalam balang sehingga buah potong habis. 




Masukkan daun pudina dan madu ke dalam balang, kemudian ais dan terakhir air. Siap semua masukkan kedalam freezer semalaman.

P/s : Air detox atau infused detox water bukan minuman biasa tapi minuman untuk kesihatan bukan untuk kesedapan semata-mata, rasanya memang tawar, sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, macam den ni ha...

Boleh juga guna bahan yang mudah didapati di pasar atau mungkin juga didapur, seperti serai, kulit kayu manis, timun, limau nipis, limau kasturi, lemon, apple atau tabahan buah kegemaran sendiri.

First time buat ni memang tak de rasa sedap, masam ada la ye la air detox, tapi inilah antara kebaikannya :


1. Mengukuhkan sistem imun
2. Mengelakan sembelit 
3. Menurunkan berat badan
4. Seimbangkan pH & gula dalam darah
5. Meningkatkan tenaga
6. Membersih &  membina semula sel
7. Mencantikan kulit &  wajah



2 ulasan:

  1. saya pernah buat juga..tapi sekejap jer..lepas tu dah malas. Macam ner la berat nak turun kalau malas melanda..mmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha try la sekali buat boleh simpan seminggu lebih kan.... ada betul la ada niat nak turunkan berat badan, bukan untuk kecantikan semata-mata tapi untuk kesihatan

      Padam

SESEDAP RASA