Rabu, 26 November 2014

Bercuti di ioi City Mall La Kita!!!!!!





Entah kenapa rasa macam malas nak p kije terbangun lambat tak masak lagi untuk asyraaf, so rasa kecewa, lepas solat aku pun fikir punya malas punya fikir punya malas pergi kerja, aku pun putuskan ambik E.L. mesej dengan 3 orang yang ada urusan pas tu aku sambung tidur. Hahahahaha..... Tak elok tidur selepas waktu subuh atau waktu Awak pagi. Tapi anggap le sesekali. Mata ni memang degil kawan dengan hati memang menjadi-jadi la jawabnya.



Nak bangun malas je rasa, tapi gagahkan jugak, basuh baju dan sempat masak nasi paprit campur, senang ada sayuran dan lauk pauknya ayam, udang dan sotong, so makanan seimbang. 

Mak aiii!!!!! Asyraaf makan punya le banyak, sedap katanya, hingga menjilat pinggang. Tapi tak tau la, rasanya macam paprit la Hahahaha, coma apa jua masakan aku, pastinya kurang minyak.... Jaga kesihatan bukan untuk dari sendiri tetapi kepada tukang makannya sekali. Alhamdulillah kenyang, walau hanya sejenis lauk aka paprit je.

Kadang kala memasak seperti menu di kedai pun bagus jugak, sebab bila mkn di kedai dan x sedap akan berlaku perbandingan oleh asyraaf ooiiiii budak sorang ni selera besar, makan pun banyak mengalahkan aku. Yang best asyraaf kata boleh bukak kedai, sebab Ibu dia masak sedap sangat hehehehee.... Kelako betul anak aku ni, macam ibu dia.... "Ye ke?? Ye yooo okkkk je. Hehehehee...

Eemm.... Target cuti ni untuk berjalan, Siap masak, mandi, makan dan solat aku dua beranak ni bersiap la untuk merayap king's Hohoho...

Sebenarnya aku ni teringin nak ke IOI CITY MALL, mall yang baru bukak dan dalam putrajaya, so merupakan saingan kepada alamanda sekarang ni hehehehe memang bagus!!!!.

Beberapa kawan da post kedai2 yang ada di IOI mall tu. Aku dah attack 1 kedai "HOME PRO" yang katanya macam IKEA Alamak teruja aku nak kesana, maka pergilah aku. Emmm.... Sebelum ni laluanya jauh sikit, tapi yang ini dekat sikit, masuk je tempat parking ada kosong, fuh!!!!! Senang hidup aku. Paling best tak de bayarang parking, lom ada lagi, bukan tak ada, tapi tunggu la nanti. Apa pun Alhamdulillah di permudahkan semuanya.


Antara barang yang dibeli daiso..... Hijauuuuuuu..... Hehe

Dapat ke home pro, dan apa yang tak disangka, ada DAISO barang berharga RM 5 besar atau kecil tapi yang lebih dari harha itu akan ada label. Tapi ada 1 tempat yang buat aku rasa Nak try jeng....jeng....jeng... Ini dia Iescape.... Aku!!!!!! Memang suka sesuatu yang mencabar, macam di taman tema air, tapi lom ada peluang tak pe... Apa pun tunggu la, minggu depan aku cuti, aku datang bawak mak sekali ke sink Nak aku hari penonton aka penyokong he he he.... Silap2 dia tidur, bukan boleh terletak orang tua tu, mesti tidur..... Aku pulak yang terikut.



Lepas ke ioi city mall aku pun singgah ke mydin presint 15, biasa la kalau dah ke sana, berbelanja dapur la apa lagi. Alhamdulillah barang dapur untuk sebulan atau lebih dah ada, itu yang penting, barang basah boleh beli di pasar malam, sampai rumah siapkan makan malam, selesai kisah 1 hari, seronok, 2 kali seronok, beronok-ronok hahahahahaa.

Haaaaa.... Macam2 ada..... Alhamdulillah rezeki dan dengan Izin-Nya




2 ulasan:

  1. masa ke KL saya pergi juga ke IOI Mall tu tapi tak sanggup saya nak masuk IDah..orang ramai sangat macam ulat..nak dukung anak lagi. Parking pulak penuh memanjang..last2 saya keluar balik je...terus ke Cyberjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo ye ke, bila misah p, saya p masa waktu bekerja, so orang tak ramai parking pun banyak kosong

      Padam

SESEDAP RASA