Ahad, 7 Disember 2014

Gunung Ledang Kami Datang!!!!


Disinilah tempat yang dekat dengan kos yang rendah, Air Terjun Gunung Ledang.... Aku tukang bawak, akak aku sempat masak dengan mak. Siap semua bergerak la kami jam 9 lebih. 3 dewasa, 1 remaja, 2 kanak2, 1 bayi. Ceh!!!!!! Da macam nak buat laporan berita terkini pulak.

Pergi hari Jumaat lepas, bayar RM 7 jer, tapi masuk tandas 50 sen. Memang tak ramai orang, tempat yang aku pilih pun sangat sesuai, ada tempat air dalam dan cetek dan dekat dengan tandas. Untuk buang air atau salin baju, itu yg penting. Tinggi2 tak boleh Mak aku da tua, yang disini pun Akak aku da menyemput kih.... Kih..... Kih......

Inilah antara sebab aku nak beli kereta, senang nak bawak family jalan2, dulu cadangan nak beli alza, besar sikit, tapi kereta bukan hanya perlu di bayar bulanan je. Minyak pun kene  kira, so myvi pun jadi la, Nak jalan2 bukan selalu pun, tapi kosnya yang selalu.

Kan!!!!!! Lari topik pulak, apa yang penting enjoy, melekek2 le ketawa  kaum kerabat aku kan bila dah ada semua, nak2 aku yang biasanya menceriakan suasana dan keadaan, buat peel ntah apa2 ntah. Mak aku tugas jaga cucu bujang kesayangan dia. Orang lain pulak ada tapi jauh sikit, cuma tak lama lepas tu, ada orang datang. Duk dekat2 tempat kita orang, alamak sebok je. Mengganggu ketenteraman kita orang, kita orang mandi jer.


Tapi hangin aku tengok orang buang sampah merata, tong sampah punya le banyak lebih 5 dengan jarak yang dekat2. Boleh pulak buang area tikar kita orang duduk, agak2 kalau semut datang Siapa yang kene  serang kalau bukan yang dekat Situ, kurang ajar betul!!!!



Aku pun cakap dengan akak aku sengaja kuat2. Memang tak senonoh perangai makan pun dalam air, saki baki makanan pun buang dalam air dengan selamba. Dah tua bangka, lelaki pulak tu yang dikatakan "pemimpin keluarga", bawak anak2, tak kan buang sampah di tempat yang betul pun x boleh, dah la datang waktu sembahyang jumaat. Laki siapa la kan, buat malu Bini jer.

Cakap perangai macam cilaka kang tau marah, tapi hidup nak senang nak sedap, manusia macam ni le jarang memikirkan perasaan orang lain. Huh!!!! Hantu pun baik ler..



 Kebetulan Asyraaf Nak buang sampah, dengan kuat aku cakap "buang dalam tong sampah". Aku yang perempuan pun ajar anak tentang sivik. Tak susah kalau ada sifat kepimpinan dalam diri. Lelaki sekarang tanggungjab pun x tau, ramai yang tumpang senang bini jer, huh!!... kalau bab kutuk lelaki boleh tahan jugak aku. Tapi p jahanam la dengan dia orang bukan masalah aku pun.

Wah!!!!! Marah pulak aku kali ni ye.... Mestilah!!!! Ledang daerah aku, tempat yang orang tanya asal  usul aku. Bukan nak cakap besar tapi, tengok aje rumah aku, kalau bukan aku yang mengajar Anak, Siap lagi puntianak!! Pandai main pandai le simpan, kalau tak aku buang, tak pun tak payah beli mainan kalau tak tau kemas. So pandai le anak aku kemas. 
Panjang cerita aku duk ngutuk orang, tapi memang aku marah dan 1 lagi rasa tak puas hati dengan tandas. Mak aiiii, mula2 sampai tengok memang cantik. Bila masuk nak mandi, hanya indah khabar dari rupa, luar je cantik, dalam masih dalam keadaan sama macam dulu2, usang dan buruk, hancing pulak tu. Alahai sedih tengokkan. Tak jadi  aku Nak mandi, Salin baju sudah!!!!! Huhuhuhu.... Hidung aku sensitif dengan bau2 tak enak ni.

Tandas di bawah sebelum turun gunung lebih bersih dan cantik, tapi balik Rumah aje le mandi. Sempat jugak la membelek rantai berloket ukiran nama untuk dari sendiri. Murah je.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA