Selasa, 12 Ogos 2014

Tugas Khas Kononnya


Ini semua kerana Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 18 Ogos akan datang. Oleh keranajabatan khususnya bahagian memerlukan tenaga kerja untuk edarkan ini, maka aku sukarela offer diri untuk edar tapi untuk block aku jer....

Tapi bila masuk meeting, makanya bukan block A sahaja, aku bahagi dua dengan kawan yang duduk 18R8... so aku ambik A,B,C dan dia ambik D,E,F... Dapatnya pada 11hb Isnin. 

Ceh dia org buat group whatapp..... Mak aiiii... rajinnya aku dah nak tidur dengan baju kelawo.... dia post pic tengah edar flyer. Tercabar sungguh aku, jam...jam tu jugak aku tukar baju.

9.30 pm aku gerak dengan asyraaf. biasalah block aku dulu.... Best jugak dapat tengok rumah orang, walaupun hanya dari pintu depan. Aku ingat rumah aku je ada alas kaki depan pintu, rupanya ramai... Jadi tak pelik la kalau aku letak alas kaki depan pintu. Rumah aku tu pintu bilik dengan stor je tak de alas kaki. Cakap je tak reti beralas.... hwaaa... kah..kah..kah...


Siap aku ajar asyraaf macam mane nak letak kat grill supaya tak jatuh. Habis aku edar ke 3, 3 block, mak ai dalam diam2, 2 jam rupanya. Penat boleh tahan menggengkang aku dibuatnya, penat bukan mainan. Yang aku geram, last house asyraaf boleh cakap tak tahan... nak terkencing.... dan terkencing dalam liff dengan sengaja.... Mak iiiiii, sakit kepala otak aku. Nak main, nak makan, nak jalan, nak berak pun tau cakap.... kencing tak tau nak cakap.... hangin aku 1 badan....


Tub2 hari selasa aku dapat tau, flyer yang terdiri daripada kopon cabutan bertuan dan makluman majlis tu KIV dulu.... Hok aloh!!!!!.... punya le penat aku buat, punya le gayat bila tinggkat makin tinggi. Sekarang tak jadi cabutan bertuah.... Nampaknya memang tak bertuah betul nasib aku. Dalam banyak2 program jabatan ini kira paling kelam kabut kerana mayat pesawat  MH17 akan kembali. Dari tarih 16 pinda 18, dari malam ke petang, sekarang pagi pulak, tempatnya dari Istana kehakiman ke Perbadanan Putrajaya kembali semula lokasi asal di Istana Kehakiman.....

Eeemm...  macam2 hal.... kalau nak cerita esok lusa tak habis. Boleh buat drama berepisod... hahahaha... SEKIAN... 

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. ini bukan sebab rajin.... tapi termasuk dalam arahan tugas untuk edar flyers.... tapi sedih betul tak jadi cabutan bertuah... motor da beli untuk cabutan no bertuah

      Padam
  2. habis tu motor tu simpan mana dan buat apa? Kat sini pun ada cabutan bertuah juga masa jamuan hari raya tapi macam tak bertuah jer hadiahnya...hahaha

    BalasPadam
  3. ada kat depan bilik haji hashim.... tak tau nak d apakan mungkin akan datang ada majlis kita akan buat cabutan bertuah, bukan motor je kereta pun mintak sponser dan katanya nak dapat tapi dah batal tak tau apa jadi....

    BalasPadam

SESEDAP RASA