Khamis, 21 Ogos 2014

Pengalaman Yang Tak Berpengalaman


Ceh cerita pasal kereta lagi ek!!!!! Tak pe la yang penting cerita pasal diri sendiri. Kereta green love ni sudah genap sebulan  bersama aku, Alhamdulillah harap semuanya OK hingga ke Akhirnya. Semoga Allah sentiasa melindungi aku, hanya pada-Nya aku berlindung dan memohon perlindungan Amin!!!!!!.

Bukan setakat sebulan je tapi hampir ke 1000 km, masa pun dah sampai untuk servis. Aku ambik cuti disamping nak rehat, rehat ke???? memang tak la!!! Asyraaf pun tak sekolah demam, dia la jadi body gruad aku. Bukan setakat servis, sempat jugak cuci kereta luar dan dalam RM16,emm tak pe la yang penting puas hati tak susah di alamanda je.... senang... tak perlu mengunggu, letak je kereta p la merayap syoping, kononnya!!!.  Tak cukup itu, aku beli khas perfume untuk kereta ni.... wah!!!!!! sungguh wangi. Seharian habiskan masa memanjakan green love aku ni dengan si bujang aku... bershoping menghabiskan duit beli pewangi kereta dan rumah serta pencuci rumah.

Tapi disebalik kereta ni, ada cerita yang terselindung sebelumnya aku membeli kereta. Aku memang tak tau memandu. Lesen je ada dah bertahun-tahun. Lepas dapat kereta pada hari Jumaat hari Sabtu aku terus belajar bawak kereta pulak,  memang da masuk dalam perancangan ni  hehehehehe...... 

Dari tengahari sampai ke petang sampai ke nilai pulak tu, berbuka pun di nilai. Bila dah belajar perasaan teruja untuk memandu tu lain macam. Wah!!!! esoknya lepas sahur dengan baju tidur dengan tak mandi, memang tak la kalau tak kije pepagi buta nak mandi  hehehehe.... sempat merayap ke kawasan parking di opis, masjid putra, ke pasar tani. Ceh!!!! ambik side konon2nya dan beberapa kali jugak bawak ke opis sebelum raya. Sampai jugak ke Cyberjaya, majlis berbuka. Di pwendekkan cerita balik

memang da ada niat dalam hati balik kampung nak bawak kereta Keinginan aku sangat kuat, bila terasa betapa susahnya membawa barang dan anak bila menaiki kenderaan awam. Maklum le banyak barang nak bawak penuh bonet kereta, walaupun 2 beranak. Makanya balik aku bawak kereta, dengan tak pernah lalu jalan tu, dengan keadaan baru memandu. Aku hanya ingat pesan pandu ikut lorong. 

Aku sendiri terkejut dengan kemempuan sendiri eceh!!!! kononnya. Tapi itu le perasaan yang aku rasai. Aku tak sangka sebegitu berani aku membawa kereta dalam perjalanan yang jauh 2 jam, jam 5 pagi selepas sahur. Tapi da nama pun kereta baru tak boleh memandu lebih 90 k/j, tapi aku terlajak jugak. Kenderaan lain belesap lesup punya laju. Aku orang hoon pun aku buat tak kisah, perasaan takut tu..... macam x de perasaan. Main minyak je la tak sudah. Dalam keadaan cuak aku boleh sampai ke Mydin Jasin, dengan mak akak dan anak2 buah, anak aku sekali. Sampai pulak aku ke Muar, balik lalu jalan biasa. 

Aku tak sangka aku seberani itu. Bila dah memandu ni. Perasaan berbeza dengan menunggang. Bawak kereta memang rasa lebih selamat. Bila aku cerita dengan kengkawan. Aku dikata "hati kering" aka berani. mau tak berani, dah macam-macam pengalaman hidup yang aku lalui. Tiada sesiapa untuk bergantung dan boleh diharapkan kalau bukan dengan usaha sendiri.

Tapi perkara yang menyentuh perasaan aku, bila bos gegirl aku cakap dia bangga tengok perubahan ke kemajuan, dari dulu dengan kenderaan awam, sekarang ada kenderaan sendiri. Emm....Alhamdulillah.... semuanya atas izin-Nya.

2 ulasan:

  1. tahniah Idah dah berjaya memandu kereta sendiri...mula2 mmg takut lama2 jadi seronok ...semakin lama bawak kereta semakin penat la pulak....Tapi bila sesekali bawak kereta tetiba kita nak terlanggar atau dilanggar mmg berderau la juga darah .... Bila kita memandu ni Kalau bukan kita yang melanggar, Mungkin kita akan dilanggar...Malang kan Tak Berbau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks misah, tapi saya baru bawak kereta hampir2 nak kene langar dengan bas. Nasib baik bas tu sempat elak ke lorong sebelah dan nasib baik lorong sebelah tak de kenderaan. Tapi masa tu saya macam orang tak de perasaan, buat tak kisah, buat muka tak bersalah hehehehehe

      Padam

SESEDAP RASA