Rabu, 21 Mei 2014

kerja sampai mati

Macam-macam sebenarnya aku nak mencoret di sini tapi tak menyempat, tengah banyak kerja pulak. Cerita pasal kerja, Sekarang ni memang sebok dengan show.... Aku pulak dah tak boleh nak buat apa. Aku jadi tak faham semua mesti di terima. Dah tu suratnya tak de.... Aduh pening!!!! Aku yang jaga fail 2-3 fail je hehe tapi fail penting untuk ISO, walaupun aku baru tapi aku dah faham susur galur untuk proses show, yang jadi masalah bila surat tak ada, tapi  arahan ada mane nak cekawwwww surat permohonan, aku cekaw muka orang yang terima tu karang baru tau.... Aku lagi tak faham orang lama pun tak anggap semua ni penting....Walhal ini sangat penting, nama jabatan untuk dapat ISO... tapi tu la tak nak belajar.... nak lepas kakitangan.... Pejabat bukan tempat berhibur walaupun pentarama memang kijenya mcm tu.

Oleh kerana mak aku dah balik, sampai terdemam2 dia nak balik ahad terpaksa tunda Isnin. Anak tak de orang nak jaga lepas tu minggu ni dia periksa. Memang aku tak boleh keluar. Memang serenda la.... nak buat macam mana.... kat opis pun bukan tak de kije. 

Kerja semakin bertambah kene jaga cuti orang pulak, atau dalam HRMIS PENTADBIR CUTI. Nak kene semak cuti staf, maklum kat bos, dan meluluskan cuti v/s wakil bos. Bukan apa permudahkan semua orang. Nak harap bos aku pun tak tau bila tahun dia nak luluskan. Tau ke dia bukak HRMIS???? kih...kih...kih.... aku ambik cuti 5 hari pun dia luluskan. heheheee..... Sorry la aku balik kg.... macam mane kawan aku cuti le sekarang ni.... ada dia kisah dengan show bagai.... so aku pun tak ingin nak kisah.

Best jugak layan HRMIS ni, aku belajar!!!, pandai la aku.. tambah lagi ilmu.... Alhamdulillah. Peluang ni tak semua dapat.... Aku memang minat part-part yang melibatkan IT bagai... Tapi!!!! dapat kesan cuti orang yang bermasalah. Allah hu akbar fening la. Apa pun yang penting dah maklum bos, tapi aku yang kene  buat tindakan selanjutnya. Kita ni kalau tak memberi sumbangan jangan le jadi kere sumbang.... memang menyumbangkan... aku yang kene buat pulak tu. Sepatutnya Orang yang jaga cuti dulu... oleh kerana dia pun macam kura-kura dan tak kisah dengan kerja, laaa ni  wa kena beb!!!!  

Hok aloh!!! aku ni nak cerita lain, lain pulak aku cerita..... macam bos aku jugak mukadimah dia1/2 jam.... baru dia nak start briefing aduhai... Tu la, nak cerita pasal show jer..... oleh kerana anak tak de orang jaga dengan selamba aku cakap dalam group whatssap mak aku da balik, anak tak de org jaga. Show surat permohonannya pun ntah kat ne.... Aku buat dono jer.... Tak de arahan pun untuk aku buat apa2....  Tapi aku bantu jugak le keluarkan surat arahan.... atas dasar menolong. Kalau nak lepas tangan macam sesetengah orang tu pun tak pe. tapi tak sampai hati... Aku buat je la apa yang termampu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA