Selasa, 13 Mei 2014

Lelaki... lelaki!!!!!!!!!!


Malu aku nak bercerita pasal lelaki ni, takut orang salah faham. Maklum la aku tak buat salah pun orang anggap salah. Walhal kita tak ganggu pun laki ke anak lelaki dia orang pun. Tak pe la yang penting aku tau apa jalan yang aku pilih. Apa yang pasti tak de manusia yang tak pernah buat salah. Lebih baik aku teruskan cerita ceritara hidup aku disini hehehe

Memang... memang  aku pusing dengan mamat sorang ni. A.. eh!!! Mak mertua.... A.. eh menantu!!!  Apo kono ekau jang.... buek den poning ajo.... Dari awal lagi aku dah cakap aku tak minat nak kawan2. Beriya nak kawan jugak, aku dah cakap ok kalau kawan, kawan2 je la, aku dah cakap aku tak suka lelaki muda. Apa yang patut aku cakap aku dah cakap dah, Ini mesti lupa. 

 Aku dah pening, buat tambah pusing kepala aku je. Bukan le aku tak  suka, Cuma!!! Dia tak menepati kriteria yang aku mau kot!!!. Amboi memilih!!!! Itu le ayat kawan2 kan!!!! Kalau aku memilih aku tak layan mamat ni.  Cuma aku fikir kawan2 apa salahnya. Lagipun aku pun lom ada yang Sirius kan!!! A.. hak!! jadi tak de istilah tak setia.. Kenal dia pun kebetulan. 


Setakat ni dia ok lah, baik je, dia le yang selalu tanya khabar. Dia selalu pedulikan aku, walaupun aku kadang tak pedulikan dia ha..ha.. buzy ler... malas nak layan. Ha..ha... Peel dia yang aku berkenan dia tak nampak macam jantan miang. Dia macam.. eemm... macam pelik.... dia pandang orang macam tak de perasaan... rasa nak bagi penumbuk jer.... hahaha.... faiz...faiz... da la nama macam nama bos aku..

Mengenali aku banyak beri kejutan pada dia... Mula2 kenal, aku tak bagi tau pun status aku hik. hik...hi..hik sampai la 1 hari nak p beli barang motor, baru aku cakap sebab nak bawak asyraf sekali. Terkejut beruk dia wei!!! memang ketara keterkejutan dia,nasib baik tak heart attack. memang aku tak akan bertanggungjawab haha..

Dia ingat aku anak dara tua ke.... agak muka aku ni serupa tembok ke apa... sampai boleh jadi anak dara tua.... adeh!!! Tapi sebelum aku kenal dia memang ada "seseorang" yg cuba nak ngurat, Eh!!! bukan sorang je.... masa status bini orang pun kene ngurat. ceh!!!! "seseorang" itu.. hari2 mesej .... pun macam ni keadaannya nak keluar baru aku bagi tau pasal anak.... tapi bila dah tau status aku dia terus senyap.... memang aku respect kat dia, terus buat keputusan. Nampak dia ada pilihan dan tujuan yang jelas. Nasib baik dia tak suka kat aku, kalau tak 100 kali aku suka kat dia..... kecil molek je orangnya, wajah dia ala2 norman hakim... hensem tu!!! tapi dia tak le setinggi dan seputih norman kahim... kecil molek je orgnya... asal serom pulak tu dah dekat nak balik kampung.... hik...hik...hik.... perasan. Habis cerita pasal zul..

Berbalik dengan si kecik ni, banyak bantu aku bila motor ada masalah. Baru-baru ni pun dia yang bawak aku p kedai motor betulkan apa yang ada masalah, tukar tayar bagai. Alhamdulillah dah ok motor aku, sempat jugak merayap berdua kih...kih...kih... kekok rasanya, tak nampak macam coupel langsung sebab bukan couple pun  kot, dia kat depan aku kat belakang, aku ke kiri dia ke kanan heheheeh.... Aku buat selamba bukan orang kenal aku pun yang penting happy dapat beli long dress lagi. hik hik...

Walaupun duk dekat tapi bukan senang nak jumpa. Aku sendiri pun memang tak de masa untuk orang lain. Masa cuti le masa aku nak kemas rumah. Tapi masa cuti jugak le yang aku selalu kije. kije pulak bukan dekat-dekat. Kadang-kadang aku masak aku bagi kat dia...uuittt!!! suka dia. Dia pun rajin masak jugak tapi yang simple-simple la, orang bujang le katakan. Kebelakangan ni asyik kenal lelaki muda je.  Sebelum ni muda jugak faiz dengan kaz sebaya rasanya.

Kaz ni pun suka memasak jugak, duk rumah sesorang pun masak jugak, dasyat kelulusan pun berkaitan masak memasak apa namanya kulinari ke kuli batak ke.... apa entah. Tapi dia ada cita2 nak bukak restoran. Dia kata kalau kawin dengan dia aku tak payah masak... best le lepas balik aku terus mandi makan kan!!!! bertuah badan cukup setahun besar badan hahaha. Kaz ni pun sorang jugak. beriya2 nak aku... tub2 aku menyepikan diri. Terharu aku di buatnya, bila mak dia boleh terima aku adanya dan walaupun dia boleh terima aku adanya, setuju dengan syarat yang aku bagi, tapi aku dah cuba pujuk hati anggap itu jodoh, tapi akhirnya aku berundur sebab perasaan tak pernah wujud untuk dia. 

Simpati pada dia sebab betul2 mengharapkan aku, dah buat persiapan nak tunang pulak tu dalam diam2... lagi buat aku terkejut sebab dia dah pindah dan berada d putrajaya mengikut seperti mana kehendak aku.. tapi nak buat macam mana, aku tak boleh terima dia, cemburu dia macam abah yap, belum apa2 dah tak kasi kawan dengan lelaki lain, masalahnya aku ni bercampur gaul dengan lelaki nak2 kat opis ni. eh!!!! x boleh jadi. Soal kesetiaan aku tak perlu le kisah, yang jadi masalah orang cemburu ni boleh fikir yang bukan2 dan buruk sangka, aku ada pengalaman sebab tu aku berani cakap sakitnya hati ni tuhan aje yang tahu. Aku selidik jugak mak bapak dia, memang bukan calang2 orang lah mak guru, bapak pegawai. Dia pun kerja kerajaan. Macam2 cara aku duk mengelak dengan dia ni, eh!!!! nak jugak aku, tau la aku comel dari dia kan!!!. Macam2 alasan aku bagi eh!!! dia tetap dengan pendirian dia. Bila aku keras dengan cara aku, dia perli aku.... "u kene sedar diri dan terima orang yang boleh terima u" eeeeee!!!! sakit telingga sampai ke hati.. Lagi le aku bekeras. Ayat dia tu sama je dengan ayat si napie si budak polis. Lagi pun aku tak berpeluang nak kenal dengan dia, jauh!!! dia kat penang, jumpa pun masa anjuran majlis jabatan. Kiranya dia jatuh cinta pandang pertama kat aku kot hik...hik...hik.... kelako pulak rasanya.... boleh buat drama.. Sekurang-kurangnya jumpa la sekali dua sebab aku nak tengok jugak karaktor dia macam mane. Mungkin lah daripada pandangan  fizikal dia bukan pilihan, tapi kalau dia bersikap baik dengan aku, mungkin boleh di pertimbangkan. Masalahnya jumpa pun tak tiba2 nak melamar aku. Dasar budak muda gelojoh betul... Apa pun keadaan aku salute kat dia atas kesungguhan dia, tak semua lelaki macam tu, jujur dan berterus terang, walaupun dia muda tapi kuat semangat. Cuma jodoh tak menyebelahi. Bukan salah aku, jodoh tuhan tentukan. Eh!!! panjangnya cerita pasal kaz. Tak pe la raya nanti aku mintak maaf rasa bersalah pulak pada dia.....


Sekarang ni berkawan dengan si faiz, dia tak de le nak menggatal mcm sesetengah lelaki yang pernah aku kenal. Cuma dia sentiasa dalam pemerhatian kalau dia cuba nak menggatal, cuba cari pasal itu le alasan untuk aku tinggalkan dia. Aku  memang tak de perasaan pada dia, aduh!!!! nampak sangat macam adik2. Walaupun dia kata ok je itu le ini le. Tapi hati aku yang seketul ni keras sungguh. Bukan senang nak sayang kat orang lain oooiii. Hati tak boleh di paksa.

Minat!!!!! tak setuju betul..... biarlah jodoh dengan orang yg menyenangkan hati...

Lagipun aku tak sesuai untuk dia, dah la bujang muda pulak tu, masih banyak masa untuk dia mendapatkan calon yang sesuai. Kat opis ni semua salahkan aku, memilih la, itu lah, ini lah.... Masalahnya aku lom jumpa calon yang sesuai. Biarlah orang nak cakap sombong ke ego ke, biarlah diri aku, orang lain peduli apa. Macam mane nak jumpa calon2 yang sesuai kalau dah kije aje tak sudah2. Eeemmm.... Sampai ketua le mcm ni jawabnya.

Di Akhirat dah tak perlu.....
eeee....eeee.... ramainya lelaki yang aku kenal ek!!!! yang tak masuk dalam cerita ni tak kira lagi hehehe..... Tak pe la semuanya pengalaman dan pengajaran dalam mengenali sikap manusia yang namanya lelaki...... Biarlah apa orang nak kata, biarlah apa orang nak cakap.... biar lah apa nak jadi..... aku malas nak fikir.... Soal jodoh dia akan tiba jika ada.... jika sebaliknya. Aku pasti dan yakin Allah dan tentukan hidup aku ini le yang terbaik.... Redha je la.... Ye hikmah rehda tu menenangkan...

Kebahagiaan tak semestinya berdua atau berpasangan. Apa yang penting gembira dengan kehidupan yang dimiliki sekarang. Selebihnya usaha dan tawakal

2 ulasan:

  1. Jodoh, Rezeki dan Ajal Manusia telah ditentukan oleh Allah SWT sejak dari dalam rahim lagi.....

    BalasPadam

SESEDAP RASA