Jumaat, 11 November 2016

Cinta 3 Segi

Bermula dari seorang isteri yang ber YM dengan aku, mengadu hal dalam kelambu. Apa lagi complen laki dia la, cerita yang sama bertahun- tahun jugak, selepas aku berpindah ke kementerian lain dia ber email pulak, cerita yang sama x berkesudahan. Ada juga aku nasihatkan. Tapi dia sendiri mengaku dia dan suami tak solat.

Tak lama kemudian sang suami pulak email pada aku, terbaca email yang wife dia hantar pada aku. cerita pasal si isterinya pulak, aku yang naik pening, komplen bini pulak banyak maunya. Ini lelaki pun aku nasihatkan jugak, buat apa jadi suami dayus. Tapi still husband n wife jugak, emmmm dunia2, hakikat kelemahan ada pada diri dia sendiri. Bila aku malas nak layan, dia pun tak hantar email lagi. Alhamdulillah tenang hidup aku kikiki.

Tapi tak selesai sampai disitu, beberapa hari lepas skandel si isteri duk mesej aku, aku ingatkan siapa la messenger fb kat aku da lama, tapi phone baru ni dapat detect mesej2 lama yang belum dibaca.  nah!!!! Terbuka la segala cerita kecurangan seorang isteri. Sempat jugak le tengok pic si isteri tu, kecik je orangnya, bak kata si bujang, badan kecik nafsu besar haha. Lelaki tu bujang lagi, tapi da sah bukan teruna kikiki. Skandel 1 office. Dasyat!!!!  Digoda isteri orang katanya. Drama betul dia orang ni.

Si bujang ni pun boleh tahan panjang cerita dia, aku dok layan je, duk ngutuk si isteri orang tu yang memberi dia pengalaman yang cukup banyak hahaha.... da x skandel lagi sekarang. Tetapi skandel dengan bini orang lain pulak cikgu katanya. Ah!!! Sudah budak ni. Tengah2 mesej dia p send video lucah, tengah2 mesej dia send pic lucah, aje kepala bana betul budak ni, sudahnya aku tak layan. Diamkan diri, dan terus terang aku ta k suka di ganggu. Lantak korang la. Heeee.... macam2 la.

Kesimpulanya disini, aku nak nasihatkan lelaki khususnya yang berstatus suami, perhatikan isteri, dosa isteri suami yang tanggung, duduk serumah, tidur sekatil tetap juga berlaku kecurangan, bagaimana kalau berjauhan dan berbulan2 baru balik jumpa isteri (hantar air) kah kah kah....  Si suami pulak walaupun dosa sendiri tanggung, buat tak baik belakang pasangan tak mustahil ia menjadi karma.

Bukan apa dari apa yang aku ketahui, kecurangan boleh berlaku di kedua-dua belah pihak. Jadi hina- hina janda seperti aku ni, masih mampu bertahan begini. Hinanya aku ni sampai bergambar dengan pemimpin pun dikatakan tak tau jaga maruah. Aku rujuk kepada ustaz, katanya tidak berdosa selagi tidak bersentuhan. Allahu akbar. Sebenarnya tak kira status dara, ke janda ke isteri ke, kalau jumpa selebriti berebut2 nak bergambsr. Tapi yang jatuh dosa dan hina orang seperti aku la.



Aku ni bergambar dan berkawan dengan pompuan je kalau nak tahu. Berkawan dengan lelaki pun aku memilih. Tak tahu la nak cakap apa. Apa pun aku maafkan orang yang menyakiti hati aku, tak de dendam tak ada benci. Cuma setiap kata tu terkesan dalam hati aku ingat tapi tidak membenci. Aku faham dikala hati seorang manusia sedang marah dia akan sebut ikut perasaan marah. Aku pun tau marah. Jadi aku abaikan je. Cukup la aku jaga hati sendiri, cukup la aku sentiasa positif.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA