Isnin, 14 November 2016

Sekeping Hati Ini



Bila bicara tentang hati, ianya berkait rapat dengan perasaan yang pelbagai sama ada, suka hati, geli hati, iri hati, sakit hati, busuk hati, jatuh hati, makan hati, hati-hati hahahaha apa2 je la kan.....


Begitu juga dengan aku, kadang kala hati ini tidak terlalu kisah dengan tanggapan, andaian, sindiran atau perkataan yang menoreh hati didalamnya. Namun sesekali hati ini terlalu rapuh, tak mampu berlindung atau menyembunyikan kesakitan yang ditanggung.

Hati yang terluka  bukan sahaja kerana putus cinta, namun hati lebih besar yang akan ditanggung dan dihadapinya, yang kadang kala tanpa diduga berasa hampa dan kecewa dengan sikap manusia yang hanya mementingkan diri sendiri, yang sering mencari salah dan silap orang lain, malah membesar-besarkan perkara kecil. Apa yang lebih menyedihkan tidak cuba memahami tetapi sering memberi tekanan demi tekanan tanpa disedari ia menzalimi insan lain.

Tidak pernah untuk berfikir menarik perhatian atau simpati sesiapa. Cuma kesakitan adakalanya tak mampu ditanggung, almaklum, aku hanya manusia biasa, barangkali kerana telah banyak dugaan yang telah pun dihadapi melukakan hati berkali-kali, minitiskan air mata acap kali, cukup menyesakkan dada dan melemahkan langkah ini, ditambah pula dengan usia semakin meningkat, rasa tak sanggup untuk menghadapi kesedihan, kecewa dan terluka.

Apa lah daya, hidup ini perlu diteruskan, masih ada insan yang mengasihi walau ada yang membenci.   Selagi ada pilihan, aku mencari peluang untuk menghindarinya, setiap kelukaan pasti ada kesembuhan, setiap kesakitan pasti ada penawar begitu juga setiap kekecewaan pasti ada hikmahnya. Hanya perlu meyakini, Allah sentiasa ada, dugaan diberi tanda kasih kepada hambanya. Aku hanya mampu redha, pasrah dan berserah dengan ketentuanNya. Hanya Allah yang maha mengetahui lagi maha mengasihani, semoga aku juga di kasihi olehNya, Amin!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA