Jumaat, 3 Oktober 2014

Lama Tukar Baru


Ini dia kad ATM Maybank yang baru, sayang sebenarnya nak tukar terutamanya sebab tak de masalah. Kad kuning tu dah lama digunakan dari Maybank menggunakan buku, ingat lagi masa tu kerja di Pioneer  buat pada tahun 1999 sampai 2014 masih elok digunakan, peh!!!!! 15 tahun kalau usia anak perempuan dah jadi dara sunti ler.
 
Walaupun tak de masalah dengan kad ini tetapi masalahnya nak keluar duit mesti nak kene ke Maybank, ATM lain tidak akan di layan. Masa di Johor memang tak de rasa macam masalah sangat, pi mai pi mai tang tu. Dan aku pun kalau keluar duit ikut guna kad di bank yang sama. Mana boleh guna ATM bank lain, suka-suka nak bagi bank tu untung, aku yang rugi walaupun 50 sen ke RM1 duit aku, baik p sumbang rusau ke masjid ke... dapat pahala.... Aku ni kadang2 berkira, kadang2 mengira, kadang2 tak terkira hahahaha.... apa2 entah....
 
 
Ada beberapa sebab kad ini ditukar, untuk mudah keluar duit dimana-mana, selain itu kerana nak gunakan debit kad so tak perlu keluar duit banyak-banyak. Tapi dua kali try di tempat berbeza, tak boleh guna debit kad ni, nyesal rasanya tukar... Itu lah kad ni bukan ada masalah pun ..... so karma........ huhuhu kononya..

RM12 bayar untuk buat baru, potong duit dalam akaun jer. Sayang sebenarnya kad ni 15 tahun, bukan rosak sangat pun sikit-sikit je. ada orang setahun dua dah macam manilakad renyuk hahahahah.....  Ingat kad ni tak de harga ke walaupun hanya sekeping kad. Cuba buang kad ATM tu, kalau tak de duit dalam bank tu pun, nak buat baru ingat tak guna duit.

2 ulasan:

  1. saya pun masih pakai kad kuning tu...selagi boleh pakai akan terus dipakai..tapi saya punya boleh je cucuk kat mana2 ATM...selalu lah saya sedekahkan RM1 kat bank lain bila g belanja atau terdesak...

    BalasPadam
  2. misah saya punya kad masa tu tak ada MEPS lagi hehehe

    BalasPadam

SESEDAP RASA