Rabu, 15 Jun 2016

Kelim punya cerita


Sejak bekerja ditempat baru ni, rezeki memang bertambah, kelim tiap-tiap bulan tak kurang 2K, syukur Alhamdulillah. Baru 4 bulan kije pun, tapi memang setiap bulan akan turun kawasan memang setiap minggu, melainkan bos ke oversea.



Yang kelakarnya, kewangan tanya kenapa kelim aku sikit, siap tegur kenapa hari sekian-sekian tak tuntut, aku yang pening, yang mana aku buat le yang aku nak kelim, yang tak buat tu abaikan je, adoi!! kelako betul.

Kerani kata kalau kita tak tuntut apa yang kita boleh tuntut kewangan tak akan betulkan, tapi kalau lebih dia akan potong. Tub-tub kelim aku dia orang betulkan bertambah dari yang di tuntut, so kerani kata aku memang special.

Hahaha.... tak tengok lagi macam mana ayat aku buat kelim, bak bos aku kata, aku suka buat karangan, hahahaha.... mana aku tau, bulan ni baru nak bagi contoh. Cuba dari dulu kala bagi kan da senang.

Tapi Kerja!!! tak tau le ada orang lain sanggup atau mampu nak buat. Kerja memang tak tentu masa. Hujung minggu memang kerja. Maklum le my bos memang kuat kerja, so anak-anak buah pun kene ikut sama. Tapi bukan semua anak buah bos, yang di kawasan je, akan turun kawasan.

Jujur!! selalunya aku rehat masa makan, solat atau buang air, waktu rehat pun selalu buat kerja, malah tempat kerja dimana-mana, aku pulak macam photographare bergerak agak pantas, selalu di hadapan YB. Sampaikan orang ingat aku wartawan. gituuu!!!! Malah kadang kala aku yang sampai ke lokasi ke lokasi sementara dia makan aku dah gerak ke lokasi seterusnya. Nak dapatkan gambar dia bersalaman dengan orang ramai, memang payah dapat yang moleh gegar gambarnya.

Kalau pergerakkan dibawah kementerian, seronok ada kenderaan, tapi dikawasan bawak kenderaan sendiri, paling banyak 8 lokasi @ program dalam 1 hari, tugas aku ambik gambar, upload dalam FB. bayangkan la kalau boleh. BOS no 2 da bagi tau, post gambar selepas 1/2 jam program habis. kalau dah dari 1 lokasi ke satu lokasi, dan banyak lokasi huh!! kadang kala terlebih 1/2 jam, jangan kata upload nak kencing pun tak sempat tau tak.

Tengah duduk pun aku sedang buat kerja, lepas ambik gambar tengok mana yang moleh aku bluetooth ke phone baru upload masuk FB. Bunyi macam senang ek!!! Ye la senang. Tapi kadang-kadang bila borak lupa ada kije yang kene buat. Masa makan buat kije, SUS dah tegur makan!!!. Tapi bos atasnya da pesan kan, bukan tak ingat!!.... Cuma kadang-kadang orang lain yang kesian kan aku. Sedih le pulak tiba-tiba...

Itu yang kelim memang lebat, tak potong macam kebanyakkan tempat, maklum le langkah berjimat cermat. kejra full day tau, bulan mac and may 31 hari. Bukan macam orang lain, sampai kan piriod pun tak sempat beli pad. Tak ada masa, terpaksa cuti masa dan lewat ke lokasi sebab singah kedai cari pad. huh!!! Dasyat!!! ini le namanya pengalaman. Malah rezeki aku, saat orang bekerja tapi kelim di sekat, tapi aku tidak.

Memang rezeki aku YB panggil aku bekerja dengan dia. Kerana itu juga aku tak kisah dengan kerja, selagi boleh buat aku buat. Selagi mampu dan terdaya. Aku hanya ada masa 2 tahun je. Cukup masa aku nak balik jabatan semula.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA