Sabtu, 4 Jun 2016

Buruk siku

Sebenarnya banyak cerita yang saya nak up date di blog saya ni selain cerita pasal awak. Saya malas nak panjangkan cerita. Tapi tu la, episod cerita kita masih tak selesai. Awak... awak... Awak! tau tak, saya cerita kat anak saya  tau, pasal saya dah tak kawan dengan awak dan awak mintak  balik  barang yang awak da bagi pada saya, awak tau anak saya cakap apa? "Macam buruk siku aje ibu!!. Hahahaha Saya terkejut dia cakap macam tu, tapi itu le kebenarannya.

Penat melayan manusia yang ntah apa2 ntah.....

Saya tau awak sangat kecewa dengan saya, kalau awak nak salahkan saya, saya terima!! Tetapi saya tidak mengakuinya bahawa ini adalah  kesilapan saya, sedangkan berbulan saya tertipu dengan status awak, yang awak sendiri sembunyikan daripada saya. Saya tau awak marah! Tapi awak perasan tak keadaan ini macam terbalik, sepatutnya saya yang lebih marahkan awak, tapi awak betul-betul marahkan saya. Kalau sekali awak tak puas hati dengan saya, patutnya 1000 kali  saya tak puas hati, sakit hati, kecewa dan sebagainya. Tapi alhamdulilah, perasaan saya terhadap awak masih tak sampai ke mana. Kerana itu saya terus putuskan untuk tidak memilih awak, ye awak! Ramai perempuan akan kabur  matanya jika diberi habuan kemewahan, kebendaan. Awak silap!! Saya bukan macam tu.

Sebagai langkah berjaga-jaga dari awal-awal lagi saya da maklum "kalau suami orang saya tak berminat". Awak.... awak, susah sangat ke untuk awak faham ayat yang begitu mudah. Awak terus-terusan berhubung dengan saya dan berjumpa. Anggapan saya awak bukan suami orang, malah secara sengaja atau tidak, awak berlakon seolah-olah awak tiada pasangan atau berlagak bujang, pernah tak awak ambil tahu apa hukumnya. 

Memang tak salah kalau awak nak  berkahwin lagi jika mampu dan  diizinkan isteri  dengan alasan untuk dapat zuriat atau isteri tak boleh melahirkan anak. awak cerita pasal agama tentang poligami tentang kemampuan tetapi awak fikir tak yang awak menipu orang. Matlamat tidak menghalalkan cara dan sebenarnya saya hanya mangsa keadaan perancangan awak dengan kawan yang mengenalkan kita. Sememangnya jodoh bukan milik kita. Cuma saya terkilan dengan sikap awak, yang terus-terusan berpura-pura, tapi tak sampai nak berdendam.

Ye, saya janda, tak perlu la cakap nak selamatkan saya kerana status saya sebagai janda. Saya masih waras dan mampu menjaga diri sendiri, malah  zaman sekarang da moden, orang ramai lebih terbuka menerima keadaan saya. Saya sendiri pun dah ada rumah, ada kereta, ada motor, ada anak, malah saya ada kerja untuk menyara diri dan anak saya tanpa perlu mengharap sesiapa menanggung saya. Saya tak terdesak untuk berkahwin awak, terutamanya untuk memilih sebarangan orang, termasuklah suami orang. Saya dah lama pasrah jika tiada jodoh untuk saya, tiada lagi zuriat untuk saya lahirkan. Saya hanya berserah. Dah lama saya redha jika begilah lah yang terbaik untuk saya.

Bagus la kalau awak tau pasal saya, tau blog saya dan semoga awak baca terutamanya post kali ini. Cuma kalau dah tengok blog saya tu tak payah la nak menghina saya. Ye, memang nampak rambut, "terbonjol sana terbonjol sini,  tapi yang itu jugak yang awak nak kan???? kalau saya terima awak, awak terima saya jugak kan!!!. So anggap la saya bukan yang terbaik untuk awak, semoga jumpa perempuan yang tutup litup tubuhnya dan mampu melahirkan zuriat untuk awak.

Saya sedar akan itu, saya memang nak delete semua gambar tu, cuma tak berkesempatan dan terlalu banyak post di blig saya ni. Terima kasih ingatkan, saya memang akan berubah tanpa perlu ada orang untuk mengubah saya. Saya juga sentiasa ada niat untuk berubah jadi lebih baik dan menjadi yang terbaik khususnya untuk anak. So tak perlu nak perli atau sindir saya kerana post gambar seksi, saya bertanggungjawab atas apa yang saya lakukan, dan yang penting sekali, saya tanggung dosa saya sendiri Awak! Sebab itu saya hantar anak ke tahfiz, kerana itulah timbul kesedaran untuk saya berubah. Satu perkara yang saya nak bagi tau, gambar-gambar yng awak kutuk tu adalah posting yang lama bukan 2016. So niat nak berubah tu bukan cakap kosong. Malah untuk berubah pun tidak semestinya perlu bersuami.

Satu lagi, saya memang dah jangka awak akan mintak semula barang-barang yang awak dah berikan pada saya, saya tau ada barang yang berharga ribuan ringgit jumlahnya, jangan la risau saya akan pulangkan, memang kebanyakkannya bukan keperluan saya, cuma saya akan pulang tetapi selepas 139 hari iaitu tempoh penipuan awak terhadap saya. So pada 08.10.2016 awak tunggu le depan rumah dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam kalau hati saya kata nak pulang lebih awal dari tu saya akan terus ke alamat yang awak berikan. 


inilah hart bende awak, da siap saya susun elok2, supaya tak tercicir walau 1 pun

Tapi kalau nak secepat mungkin, besok lusa pun boleh, awak p buat report polis, terpulang la nak kata saya curi ke ambik barang awak ke, rompak di airport ke, silakan!!. .Saya berani bawak kes ni dimuka pengadilan, saya berani lawan di court. Ye, saya memang tak malu guna phone yang awak belikan, tapi adakah saya mintak, atau memaksa awak untuk belikan semua yang awak bagi pada saya. Tak kan!!!. So awak nak barang awak, saya setuju, dan sama ada setuju atau tidak saya tetap pulang sebelum atau pada 08.10.2016. Walaupun awak kata tak HALAL kan, awak.... awak.... macam budak2 la awak, mcam mana le nak jadi bapak budak. Saya tau awak tak redha atas apa yang terjadi.

Awak tahu kenapa saya buat keputusan macam tu???? sebab awak kutuk dan hina saya selepas menjejaki saya melalui blog, dan kedua sebab saya malu, saya dah cerita pada family saya, kawan2 dipejabat pun tau, tub2 saya berkawan dengan laki orang. Sungguh memalukan. hanya 3-4 orang yang tau saya dah putus dengan awak, sampai hati tipu saya hidup-hidup, sedangkan awak tau status saya, tau tentang saya, berbanding saya yang langsung tidak dimaklumkan apa-apa kerana nak jaga keselamatan atau kerahsiaan awak sebagai suami orang. Awak tau tak tindakan ini sangat tidak adil. Last minit saya baru tahu tentang awak, kalau saya tak tanya silap-silap saya terkawin dengan suami orang, saya tau awak memang tak akan cakap kalau saya tak bertanya.

Cuma mengenai makanan atau apa jua kos yang telah saya keluarkan untuk awak saya halalkan saja. Awak tak perlu call saya, saya tak akan angkat, malas la nak bertengkar, penat... saya da penat. Setakat nak kutuk caci saya, tak pe saya sedar diri. Apa2 pun awak mesej je la. Adakan no phone saya yang 1 lagi.

Mula-mula awak kata, semuanya awak halalkan, tub-tub bila tak berjaya memujuk malah memaki menengking berubah tak halalkan semuanya yang awak da bagi pada saya. begitu ke cara awak memujuk. Sungguh tak layak jadi suami saya. Mula-mula awak kata isteri awak tau pasal kita, cuma tak tau siapa saya, Tub-tub "sebenarnya dia tak tahu". Awak.. penipuan itu semacam permainan biasa bagi awak, tapi tahu tak awak orang yang ditipu itu, tak mudah untuk terima penipuan, belajar la berlaku jujur dan belajar lah terima hakikat atas kejujuran in shaa Allah akan ada jalan kemudahan. Tetapi inilah yang dikatakan kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Jika permulaan pun dah tak jujur, jangan kata dapat restu orang tua, keadilan Allah itu lebih dari segalanya  muhasabah diri awak. Belajar terima hakikat.

Awak.. awak... di kesepatan ini pun saya mohon maaf, semua saya ceritakan disini. Saya tau awak tak suka, tapi sepatah pun saya tak sebut nama awak, lelaki yang bergelar suami tu bukan awak sorang je. Suami orang yang bekerja di Abu Dhabi pun bukan awak sorang je. Seperti awak kata, blog saya ini satu dunia boleh baca, jadi saya bertanggungjawab ke atas apa yang saya ceritakan, cuma awak merupakan watak dalam cerita saya. Kalau saya ada masa teringin juga saya buat novel tentang kita.

Kesimpulanya yang saya belajar dengan awak adalah manusia yang perahsia terhadap kita adalah lebih perlu berhati-hati dan selidik latar belakang. Supaya dapat mengelak penipuan. 1 permintaan saya, awak baca la link di bawah ni. Jangan lupa baca, sangat penting untuk awak tahu. Jangan risau saya tegaskan disini, saya akan pulangkan semua barang yang awak bagi pada saya termasuk note 5 tu. Perfume yang awak bagi pun saya dah tak gunakan lagi. 

Oh ye!!! satu perkara lagi, saya tarik balik jika saya menggangap awak adalah lelaki yang baik, hakikatnya awak la manusia yang paling tak senonoh yang saya jumpa. Dalam anyak perkara saya boleh bertolak ansur, tetapi ada perkara yang saya langusng tak boleh kompromi. Somoga awak sedar diri dan berdiri dikaki sendiri.

http://alqurandidadaku.blogspot.my/2013/04/larangan-menarik-kembali-hadiah-yang.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA