Jumaat, 24 Jun 2016

Adik Pulak


Aku pelik la, ada beberapa orang tegur, "ini adik ke?" "ingatkan adik" "macam adik beradik" siapa lagi aku dengan Asyraaf le. Asyraaf tu tak de le nampak besar mana pun. Tapi tak kan le aku ni nampak macam belasan tahun kot, ke macam 20-an!!. Bunyi macam best je kan. Macam aku ni tak macam ibu dia, atau macam aku ni muda la sangat-sangat hahahahaa..... Nampak tak awer muda disitu hahaha... meluat orang...



Apa pun hakikatnya aku dah nampak tua pun. Macam kelako je. Muka serupa, dah tentu le anak yang duduk 9 bulan dalam perut aku tak kan rupa ezaha pulak kan.... Siapa ezaha? entah le ek!! makhluk halus agaknya... hahahaha.....


Tapi tu la aku pun pelik. Aku ni bukannya saiz tak normal, atau kerdil atau genit hahaha.... siapa yang spesis macam ni tolong jangan terasa. Tak ada kene mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati. Tapi kalau nak terasa jugak boleh pegi mati, ada aku kisah kah...kah...kah...

Memang seronok tengok anak bujang da semakin membesar, cuma sedih sikit setahun dua ni tak ada depan mata. Lepas sunat terus masuk tahfiz. Esok-esok tengok dan bermisai je, jangan berjambang macam abah dia sudah le. Nyampah aku. 

Cepatnya masa berlalu, ibu Asyraaf pun dan semakin tua, mungkin dia sorang je anak aku. Mujur dapat anak lelaki, anak lelaki tanggungjawab tak putus dengan orang tuanya. Cuma harap -harap bila besar, in shaa Allah berjaya dan bekerjaya dia dapat pasangan yang baik dan memahami tanggungjawab suami. Macam ibu dia. Mengutamanya keluarga suami, eh!!! tak ada lagi. In shaa Allah mudah-mudahan. Doa aku untuk dia sentiasa. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA