Isnin, 2 September 2019

Tinggal Kenangan

Sedihnya menitis-nitis air mata aku mengenangkan Tuah yang aku bela lebih kurang seminggu dah mati. Dalam seminggu tu aku perhatikan dia sihat walafiat, kuat makan kuat susu. Dah pandai dah kenal botol susu dia. Panggil tuah pun dia dah tau tu nama dia, menoleh bila aku sebut tuah. 

Setiap hari aku bangun awal untuk susukan Tuah.  Bangun pagi-pagi sebelum  subuh Tuah yang kejut aku, aku pun kadang-kadang automatik terjaga teringatkan dia, risaukan dia lapar. Nampak je kelibat aku bukan main lagi dia, ke hulu ke hilir nak keluar sangkar kelaparan. Bagi la susu dulu atau bagi makan dulu.

Dalam seminggu tu juga aku balik tepat waktunya, ada  kerja aku tinggalkan je, mujur tak urgent. Sesampai di rumah dia dah tak sabar-sabar nak keluar sangkar, seronoknya tengok dia, keluar je sangkar ketetel mengejar kaki kita. Happy rasanya walaupun bangun awal dan ada aktiviti atau tugas baru. Asyraaf pulak kerja dia buang taik tuah. salinkan tuala alas tilam tuah, aku tak sempat dia bagi susu pada tuah.

Happy je duduk depan TV melayankan peel Tuah, dah tak takut, pantang bukak pintu bilik, semuanya dia jelajah. puas aku mencari dia dimana. Pandainya dia bunyi sekali je. Macam orang gila aku mengejar bunyi suara dia, bertuah betul la. Sudahnya semua pintu termasuk stor aku tutup. Tapi bila, dia hilang dari pandangan panggil je nama dia Tuah. Mungkul la dia dari mana-mana celah dia sembunyi. Maklum le dia terlalu kecil. Sebesar tapak tangan aku je.

Cuma dalam dia berkeadaan macam tu, aku ni tak tahu boleh bagi makan ke tidak. Aku bagi dia makan. Lepas tu nisbah dia makan berapa kali sehari pun aku tak tahu. Aku bagi je la dia makan, bila rasa nak bagi. Tapi yang kesian bila Tuah nak berak. Allah seksanya tuah meneran, tengok macam nak buasir pun ada. Memang kesian sungguh la.

Sampai la hari sabtu pagi-pagi dia mengiuw nak susu, ya Allah, memang tak sabar la. Sekali aku tengok puting putus. Yeee si Tuah ni menyusu tak pandai menyonyot, dia mengunyah, 1 hari je puting dah rosak. Masa ni jugak la aku baru tau anak kucing kecik-kecik dah ada gigi hehehe. Memandangkan Asyraaf tak de tuisyen, aku buat keputusan untuk balik awal.

Kemas la apa yang patut termasuk barang tuah, dia pun aku bawak balik kg sekali. Aku suruh Asyraaf bawak sangkar, dengan Tuah Tuah sekali dia bawak dalam sangkar tu. Aku dengar dia seret sangkar tu. Adoiii la budak sorang tu. Membebel la aku jawabnya. Aku tak sempat nak cakap biarkan tuah dalam rumah dulu. Aku nak minum.

Dalam kereta semasa perjalanan Tuah muntah pulak, Asyraaf tunjuk puting sekerat, Sah la Tuah tertelan, dan gelojor sangat nak susu. Naik risau aku. Suka atau tidak aku pun bawak la Tuah ke klinik Vaterinal swasta. Dia diberi ubat cacing. Walaupun aku rasa Tuah macam x de masalah cacing. jangan ingat aku tak tau, bila Tuah ada je keesokkan harinya aku dah cari maklumat untuk penjagaan anak kucing. Segala keperluan dia aku beli, tanpa mengira jumlahnya.

Tapi aku aku je, dah doc kata gitu, dia bagi la 3 lagi jenis ubat, antibiotik, imunisasi dan vitamin. Apa yang doc kata sama seperti maklumat yang aku baca. Memang aku belikan tuala lebih untuk salinkan kain alas tilam Tuah. Untuk pastikan tepat dia berkeadaan bersih. dia kencing dan berat ditempat yang disediakan. Cuma doc kata dia masih kecil lagi tak boleh makan. Jadi aku pun ikut la cakap doc tu. Doc ada kata juga, dalam usia Tuah macam tu dia memang tak boleh nak ser

Tak sangka tiba-tiba je dia sakit dan mati. Sakit apa pun aku tak pasti. Sepanjang di kampung memang tuah kurang nyusu, aku kesian. makan sikit pun aku tak bagi. tapi aku bagi susu. Aku tak tahu kalau-kalau aku terbagi Tuah susu basi. Perut tuah kembong. Tuah pun tak seaktif semasa di putrajaya, kesian sungguh dia. Aku nak ke vaterinar tangkak pun tak jadi, terus balik, memang pergi dan balik aku gerak lambat sebab Asyraaf, memang aku bebelkan dia je, punya payah nak bangun pagi, agaknya nak makan terajang baru nak bangun.

Dah sampai putrajaya aku belikan la makanan untuk tuah tak apa la bagi juga makan. Sempat la dia merasa makanan yang biasa aku bagi, terlepek lagi dalam sangkar. Aku biarkan dia keluar. Eeemmmmm.... tak sanngka. Dia pendek umur. Hajat nak tengok juga dia membesar depan mata. Tapi Allah lebih tahu. Seminggu Tuah ada menghiburkan hari aku dua beranak.

Aku pesan siap-siap pada Asyraaf lain kali jangan bawak kucing balik. Aku ni memang suka kucing, setia kali pegang Tuah aku cium dia, bau taik pun taik la. Tapi x la bau taik sebab Tuah di lap dengan wet tisu, bau lavenda. Sedih aku... Saat aku menulis ni pun aku nangis. banyak aku berhabis untuk beli keperluan tuah, termasuk bawak dia ke klinik. RM300 lebih. Akhirnya tuah mati.

Aku selalu di duga dengan perasaan. Sesungguhnya Allah ingin menguji kesabaran aku disebalik ujianNya. Hari ni aje. Pagi cerita lain, petang lain, Malam pun ada cerita lain yang buat aku tersenyum terhibur seketika, cuma senyum tu x pasti sampai bila. Eeemm.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA