Jumaat, 2 Ogos 2019

My Green Love


Selesai aku mandikan kereta ni, baru la kereta ni ada rupa tuan dia yg comel 😝😝😝😝😝, kalau tak serabut kepala otak aku, asyik tak sempat je nak cuci, plan tu ada bebulan lamanya, dari hari ke minggu sampai la ni. Ini pun sebab plan nak bawak Pengarah Sabah ke Melaka sempena Program jabatan, x jadi tapi tiba2 kene bawak Pengarah Labuan pulak, mencecet aku keluar cuci kereta, malu oooooo Perempuan kereta bersepah 😎😎😎. Ta



Panjang cerita pasal kereta aku  yang seketui ni, dugaan inilah dugaan untuk ku,... ceh lirik lagu pulak, Tapi itu la hakikatnya. Kereta ni jarang buat onar jarang meragam. Tiba2 Lepas raya dia kempis AKA x de angin. Aku pun jadi la rajin dan tiba2 baru nak tau nak isi angin kereta untuk tayar pancit hahaha aku baru cerdik. Tak pe la setiap yang berlaku itu baru la dapat pengajaran dan pengetahuan.

Hampir 2 minggu jugak aku kerja mengisi angin setiap pagi, haaa laaaa.. al kisahnya. Masa bulan puasa Aku nak ke the mines dalam perjalanan tiba2 macam terlanggar sesuatu sangat kuat, da tengah jalan tak akan Aku nak stop pulak, so terus kan perjalanan. Sesampai di tempat parking, Asyraaf yang tegur tayar lembik, bila di telek2 bukan tayar je pancit, memang ada kerosakkan kecik di area tayar n cover dia. Eemmm... da sampai jalan la jugak la the mines tujuannya nak ke PEACE nak cari baju raya yang ke 6 hahahaha. Ye la orang x de laki anak pun sorang, so raya sorang 6 pasang baju raya. Kasut sorang 2 pasang hahaha raya sakan ekkkk....  Ye tak ye boleh la buat story pasal baju raya lepas ni, sempena raya haji kikiki tetibaaaa...

Ok iklan tu biasa, sambung  balik  pasal tayar tu, aku ni memang x pandai bab2 kereta, nak tengok bateri ke nak isi air bateri ke, da 2 ke 3 orang ajar, x ingat laaaa. Adoi haiiii. Da kempis  mcm tu, Aku pun waze kan je, cari stesen minyak berdekatan, nak isi angin, nasib baik ada bangla tolong isikan angin, dari dia la aku baru  tau isi angin untuk tayar kempis ada button n icon tayar kempis kikiki, buah cempedak diluar pago, aambo budak baru nak belajoo 😝😝😝. Dia siap offer untuk tukar tayar spare dengan caj RM40. Aku kan kedekut, memang x le aku nak bayar huhu.


Sementara angin penuh da isi aku waze lagi untuk cari workshop, Alhamdulillah jumpa dan kedai pun  bukak. Walaupun baru keluar duit aku da risau kalau-kalau kene tukar tayar. Tak ambik masa lama, dia tengok kesan di tayar dia cuba tampal dulu, ini la first time aku  tengok tube  tampal tayar kereta, 3 batang uncle tu dah guna, still kempis aku da cuak debo2 dado den haha. Dia try tambah 1 tube lagi, Allahu Akhbar selesai masalah. Uncle tu kata 1 tube tu RM5, guna 4 tube tapi dia caj RM10 je, Alhamdulillah Syukur Sangat2. Nasib baik memang ber nasib baik aku x setuju bangla nak tukar tayar spare selamat duit aku.


Mujur la masa raya tayar x meragam, berkilo2 Aku berjalan beraya sampai ke semerah,  nun hujung Daerah Muar bersempadan Batu Pahat gamaknya, Alhamdulillah juga la kan. Masalah ni tak kene pada masa raya atau dalam perjalanan macam ni, boleh mengganggu perjalanan andainya terjadi tanpa  diduga.




Mujur la dia mula kempis  semasa aku  di Putrajaya, semua kemudahan dekat! petrol station dekat sebelah kuarters je, sekolah dekat, office pun dekat. Isi angin pun mampu bertahan seharian, itu yang setiap hari setiap pagi Aku kene isi angin. Bila da jadi mcm ni tak kan nak biarkan je, maka rancanganya dapat gaji tukar tayar, 2 minggu juga aku bertabah dengan dugaan kecil ini, it’s ok x de masalah pun sebenarnya. 




Dalam pada masa yang sama sebenarnya aku lom bayar roodtex kereta, Syukur la sangat sebab x mahal lebih kurang RM600. Lambat bayar sebab tunggu cleam punya pasal, sudahnya aku  guna la duit simpanan tunggu nak jadi penunggu x masuk2 cleam, terpaksa la bayar jugak, sebab nak bertugas ke Perak. Senang je dapat tau jumlah yg perlu di bayar, transfer duit, beberapa jam da dapat roodtex baru, x kisah la walaupun gambar yang penting da ada bukti aku da hidupkan roodtex.



Keesokkan  harinya pulak aku cuti untuk ambik Mak kat kampung, nyambil2 tu aku pun tukar tayar kereta sekali, tukar la sekali 4 biji, brand apa pun Aku x tau x familiar pun, belasah je la, yang penting tukar, peel aku kadang2 memang gini, yang penting selesai huhu. Kata sejam betelur aku menunggu sikit lagi nak menetas poyo betul, biasa la kedai tayar, suruh tukar punat la, buat balancing la, layan kan je, kereta tu banyak berjasa pada aku, sesekali bagi dia raya jugak hahaha.






Sempat jugak aku belikan sepasang baju sekolah baru untuk Asyraaf dengan seluar sleek dan underwear dia sekali. siap nak wallet. Anak bertuah baju sekolah di tinggal2kan sudahnya hilang, jenuh Aku basuh baju dia setiap hari nak iron pun setiap hari. Sabo je la mau tak bebel molot aku yang mcm tongkeng ayam  lemak berkrim  disukai ramai tu huhu.  



Alhamdulillah urusan kereta yang mana penting da selesai, harap2 tak de masalah apa2 lepas  ni boleh la menyimpan, nak Beli TV. Eemmm... x sabar rasanya. Mudah2an Allah permudahkan urusan lancarlan rezeki. Amin 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA