Selasa, 2 Januari 2018

Fizomawar Kitchan


Saya biasa ke Bangi, bila pertama kali terpandang signbort, rasa macam wow!!! kedai makan artis pun ada dekat sini, ceh!!!! jakun, memang laaaaa. Tak jauk dari kedai makan ini pulak ada tudung si isterinya Fareeda. 




Nak di jadikan cerita saya keluar ingin membeli barang dapur, beras sudah habis dan lupa pulak nak beli. Tak sempat nak masak, Try la search beberapa kedai makan untuk lunch, dah dapat, ada 2 pilihan sama ada mohd Chan makanan cina muslim dan  fizomawar kitchen ni  masakan thai. Eeeemmmmm.. baru tahu sebenarnya. Jadi Pilihan pertama di fizomawar kalau tutup baru ke chan. Alhamdulillah bukak, memang rezeki mereka yang sebenarnya baru dikurniakan rezeki cahaya mata.


Seperti biasa manu sampai dan kami diberi masa untuk memilih menu untuk di order, dalam kepala saya dah set nak makan apa hehehe.. dah search kot komen2 mengenai kedai ni pun saya dah baca. It's OK saya tak akan menilai jika ia tidak terkene kepada saya. 

Jadi saya dah pakat dengan anak kita makan kongsi, order saya yang pertama pun sampai Mee Bangkok @ Maggie Udang Tom Yam,rasa dia alahai memang meleleh la, cukup rasa walaupun kuahnya macam bersantan tapi cukup rasa tom yamnya, malah udang dia memang segar, memang sedap, manakala mee dia menggunakan maggie, memang cukup rasa sedapnya matap gituww. 

Seterusnya sampai pulak Pad Thai @ Mee Goreng Thai, wah!!! 1st jumpa mee macam getah hanya warnanya je lain. Ini pun wah!!! jugak sedap weii.., disampingnya ada kacang kisar dan serbuk lada. Tapi sungguh tanpa kedua bahan itu pun dah rasa cukup sedap dengan hirisan daging-daging, bila digaul rasanya jadi biasa. 

Selain itu saya order  kangkung crispy, ini pun 1st jumpa, sedap bak ang. tak pernah terfikir, sebelum ni daun sawi goreng tepung ada la try, dan sedap jugak. Boleh la try buat sendiri di rumah, haha.

Layankan anak nak ABC Unilanak membukit tingginya hahaha..... lain rasanya tapi sedap, cuma icenya agak keras, "sudah aku bilang suruh runtuhkan bukit itu" tapi degil si bujang senang, sudahnya keras.

Saya pulak minum Mojito apa makna pun saya tak tahu tapi bukan kawan kepada ajinomoto, macam air herb, ada lemon, asam boi, serai, daun pudina macam detox la, tapi ini tak tawar, rasanya cukup padu, masam manisnya seimbang. Peh!!!! lama beb makan kat sini makan santai2 biar isi turun pas tu isi lain. Kenyang dibuatnya, bergadung dengan si bujang nak menghabiskannya hahaha... ko ada makan bergaduh hahaha.

Itu baru makanan, lom lagi komen mengenai kedainya, simple je kedainya ada 2 ruang beracon dan tidak, ada TV itu yang leka duk lama kat situ tengok TV, ada pulak orang perhatikan kita, apa ingat kita nak tengok dia ke, kita tengok TV. haha tempatnya agak selesa, bersih, dan pekerja dia akan bersihkan meja dan mop lantai sekali kalau pelanggan dan balik, memang jaga kebersihan. 

Cuba la kalau ada yang teringin untuk merasa masakan thai harga makanan pun berpatutan bawah RM10 ada atas RM10 ada, makanan yang saya order seperti diatas pun sedap ada jugak western. Malah servis dia pun cepat, tak lama order makanan dah sampai, saya pulak sengaja bagi tahu, air kemudian hantar tunggu selepas selesai makan. Tapi lom habis makan dia dah hantar, memang puas hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA