Rabu, 17 Januari 2018

Aroi Thai


Destinasi Jalan-jalan cari makan saya kali ini di Aroi Thai, semestinya makanan Thailand kan. Terletak di Ayer@8 di Presint 8. Sebenarnya kebetulan ada urusan disini, terpana pulak mata ke arah bunting yang di letakkan di kaki 5 kedai makan ini. Teruja untuk mencuba kerana agak menarik minat dengan harganya.



RM1.90 semangkuk semua makanan yang disediakan. Bukan kecil sangat mangkuknya, sederhana malah pulut mangga pun agak banyak isinya dan jika dibandingkan dengan harga yang dijual diluar lebih mahal, cuma biasa la layak dengan harganya kandungan isi mangga hanya beberapa potongan malah nipis sahaja, tetapi cukup rasa.


Beberapa menu saya telah cuba dan kesemua makanan yang saya rasa memang sedap secukup rasa, memang rasa nak ke situ lagi, dan order semua manu yang ada disitu. Sebab nak rasa kesemuanya. Walaupun simple je, tapi rasanya sedap dan kene dengan selera. Tempatnya juga selesa.



Tadaaaaa...... ini 2nd saya makan bersama anak saya, yaaaa.... saya mencuba semua menu makanan bererti tidak termasuk air, malah saya sendiri pun tak order air. Sebanyak 19 mangkuk dengan menu berlainan, dari nasi mee dan lauk pauknya selaki termasuk la deesert hanya ada 2 je deesert iaitu pulut mangga dan jeli kelapa. Selebihnya makanan. Kelakar jugak dah order banyak lepas tu saya boleh tanya lagi kat budak tu ada lagi??? banyaknya... haaa tu la budak tu kata.




 habis kami makan bersama, berkongsi semangkuk kongsi berdua, nampak macam kedekut, tapi macam nak pecah perut tau. Mujur sampai awal selesai saya sampai tak lama kemudian ramai pulak yang datang. Berejam jugak saya makan disini sambil menonton TV dengan ceritanya dari Thailand video muzik dan drama.

Disini airnya semua sejuk hanya tuah aje menyebelahi saya dapat air panas, kerana kedai makan ini baru dibuka. Tempatnya pulak selesa, kemas dan teratur. ada untuk family ada juga untuk berempat untuk yang paling kurang. 

Next time nak makan lagi. Berbaloi dengan harga dengan makanannya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA